Nilai Kasih Ibu – Cuba Renungkan…

Aku Sayang Kamu!!!!!

Sayangilah IBU kamu!

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

ibu dan anak islamSeorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM2.00

2) Tolong jaga adik RM2.00

3) Tolong buang sampah RM1.00

4) Tolong kemas bilik RM1.00

5) Tolong siram bunga RM1.00

6) Tolong sapu sampah RM1.00

7) Tolong urut badan RM1.00

Jumlah : RM9.00

Selesai membaca,  si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minu m, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,”Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?

” Rasulullah menjawab, “Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.”

Mengambil kesimpulan daripada artikel di atas, cuba anda hayati lagu nukilan Yusuf Islam berjudul “My Mother” di bawah:

Yusuf Islam – Your Mother

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah and Rasulullah?

Comes your mother (1 kali)
Who next?
Your mother ( 2 kali)
Who next?
Your mother (3 kali)
And then your father (baru bapa anda)

Coz’ who used to hold you and clean you
And cloth you who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That’s right, No other
My Mother

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah?

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz’ who used to hear you?
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you feel
Who’d pick you up?
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Coz’ who used to hug you
And buy you new cloth
Comb you hair
And blow your nose?

And when you cry,
Who wipe your tears?
Know your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah (2x)
For my mother

mari nyanyi sama2..



Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Nilai Kasih Ibu – Cuba Renungkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*