Cara Mandi Wajib Yang Betul

Cara Mandi Wajib

Bercakap pasal mandi wajib, sudah menjadi satu soalan yang tipikal didengari iaitu:

Soalan:

1. Bagaimana cara mandi wajib yang sebenar mengikut Islam?

2. Bagaimanakah cara mandi wajib yang b etul?

3. Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan air yang ditakung di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?

Jawapan:

Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.

1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuih kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai 2 kolah dengan syarat hendaklah menggunakan cebok (gayung – bg orang Johor) kemudian menjiruskan ke seluruh badan, bukan dengan cara berendam di dalamnya. Pastikan air yang digunakan untuk menjirus badan itu tidak terpercik masuk ke dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu. Menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW mandi junub dengan hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda tidak berendam di dalam belas yang baginda SAW ambil air darinya itu.

Sila rujuk buku:1. Bunga Idaman Mutiara Syurga ‘Wanita Solehah’ DN 148

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*