Cari Arah Kiblat Kaedah Matahari

bayang_kiblatSetiap tahun, pada 28 Mei,  jam 5.16 petang dan 16 Julai,  jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.

Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah setiap tahun pada waktu dan masa tersebut dan fenomena ini  menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan tepat arah kiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa’ utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

arah-kiblat

INFO: Cara mengukur arah kiblat

  • Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  • Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  • Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  • Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
  • Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor

Gambarajah: Berita Harian

Maklumat tambahan : Wikipedia- Kiblat

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*