10 Mawar Impian

mawarAdakah anda seseorang yang mengimpikan sekuntum bunga mawar yang segar, berbau harum dan berseri menawan setiap hati manusia? Jika anda inginkan bunga yang penuh seri tersebut, sila tatapi senarai 10 mawar impian yang sepatutnya dimiliki oleh setiap insan bernama manusia.

Mawar Pertama :

Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepada-Nya.

Mawar Kedua :

Cintailah orang-orang yang lemah, pasti kau mendapat kebahagiaan. Berilah kepada orang-orang yang memerlukan, pasti kau mendapatkan kepuasan. Dan tahanlah marahmu, pasti kau mendapat kemaafan.

Mawar Ketiga:

Bersikaplah optimis, kerana Allah selalu bersamamu, para malaikat selalu memohon keampunan untukmu, dan syurga pun selalu menantimu.

Mawar Keempat:

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima:

Jangan sekali-kali beranggapan bahawa dunia ini sempurna atas diri seseorang, kerana tidak seorangpun di dunia ini yang boleh meraih segala yang diinginkan, dan tidak ada seseorang yang terlepas  dari kekurangan sedikitpun.

Mawar Keenam:

Jadilah seperti pohon kurma yang memiliki kemahuan keras dan jauh dari gangguan. Bila ia dilempar dengan batu, ia justru menjatuhkan buahnya yang segar.

Mawar Ketujuh:

Pernahkan kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah.

Mawar Kelapan:

Jangan mengharapkan datangnya ujian dan fitnah, tapi berharaplah datangnya ketenteraman, keselamatan, dan kesihatan dengan izin Allah.

Mawar Kesembilan :

Padamkanlah api kebencian dari dadamu dengan memberi maaf kepada setiap orang yang berbuat jahat kepadamu.

Mawar Kesepuluh :

Mandi, berwudhu, memakai wangi-wangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

(Dari Buku Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia. Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. M.A)

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*