Doa Percepatkan Jodoh

ikhtiar sembuh penyakitBaru-baru ini semasa saya sedang mengimbas majalah dan buku-buku di sebuah kedai buku ternama, saya terpandang sebuah buku yang ditulis oleh Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz terbitan Darus Syifa’ berjodol “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit”. Buku ini banyak memaparkan kaedah-kaedah Syifa’ dan doa-doa berguna untuk merawat pelbagai penyakit di samping juga ada doa-doa yang mungkin bermanfaat untuk kegunaan sekeluarga seharian.

Dalam membelek-belek helaian buku tersebut, terpampang satu doa tentang cinta dan jodoh iaitu doa cepat jodoh dan doa putus cinta. Memang kita semua tahu soal jodoh ini adalah hak ekslusif Allah SWT, namun ini tidak bermakna kita sebagai makhluknya hanya berpeluk tubuh dan tidak berusaha untuk memperolehi apa yang kita inginkan.

Di bawah saya paparkan ke dua-dua doa tersebut. Buat sesiapa yang masih lagi solo, jangan putus asa dan cuba amalkan apa yang disaran oleh Dato’ Dr. Haron Din ini. Apa-apa pun anda digalak untuk membeli buku tulisan beliau tersebut untuk mengetahui rahsia khazanah doa syifa’ yang terdapat dalam buku tersebut… Wallahu A’lam

doa dekat jodohdoa putus cinta

P/S: Amalkan doa-doa ini setelah anda berikhtiar dan berusaha sepenuh hati.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*