Doa dan Waktu Mustajabnya

berdoa1

berdoa1 150x150 Doa dan Waktu Mustajabnya
berdoa1
APAKAH ITU DOA? Ada manusia yang ketika kalbunya sedang mencari sesuatu, ia dengan menadahkan tangannya ke muka akan memohon dengan segala kesungguhan dan tangis kepada Yang Maha Esa. Yang pasti, doa adalah senjata umat Islam. Keperluan kepada berdoa dalam kehidupan seharian seharusnya menjadi senjata untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat.

Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Alasan segan atau malu untuk berdoa perlu diubah kerana: “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada para hamba-Nya), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” [Surah al-Baqarah, ayat 186]

Allah s.w.t. bukan sahaja hampir kepada kita melalui doa, Allah juga sangat suka kita berdoa kepada-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia kepada Allah Ta‘ala melainkan doa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3370]

Namun, bagaimana untuk memastikan yang doa-doa kita kepada Allah SWT benar-benar diterimaNya, seterusnya memungkinkan penganugerahanNya. Sebenarnya, untuk berdoa ada cara-cara dan adab-adabnya (Tentang cara dan adab berdoa, anda disarankan membeli sebuah buku doa susunan Ustaz Zahazan Mohamed -101 doa para rasul dalam Al Quran, khasiat dan kaifiat beramal). Menurut hadith-hadith Rasulullah s.a.w., ada masa, ketika dan tempat-tempat yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah SWT. Antara waktu dan ketika serta tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa menurut hadith-hadith Rasulullah s.a.w ialah:

1. Antara azan dan qamat

2. Ketika akan memulai sembahyang dan sesudahnya.

3. Ketika sujud dalam sembahyang.

4. Ketika iktidal terakhir di dalam sembahyang.

5. Ketika antara waktu zohor dan asar.

6. Ketika antara waktu asar dan maghrib

7. Pada waktu asar hari Jumaat.

8. Pada hari Jumaat dan malamnya.

9. Ketika di tengah malam.

10. Pada 1/3 malam terakhir dan pada waktu sahur

11. Ketika jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari segala gangguan.

12. Ketika khatam membaca al-Qur’an.

13. Ketika hujan.

14. Ketika ayam berkokok. (ayam melihat malaikat lalu, malaikat turut mengatakan Aamin)

15. Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam lailatul qadar.

16. Pada malam hari raya yang pertama.

17. Pada malam hari raya Haji yang pertama

18. Ketika khatib duduk antara dua khutbah.

19. Ketika khatib turun dari mimbar.

20. Pada hari Arafah, terutama di Arafah.

21. Di perkuburan Rasulullah S.A.W.

22. Ketika berhadapan dengan musuh dalam medan perang.

23. Ketika melihat Masjid Rasulullah.

24. Di pintu Ka’bah – ketika mengadap Ka’bah, di dalam Ka’bah, ketika melihat Ka’bah.

25. Ketika melakukan tawaf di Ka’bah.

26. Di Multazam.

27. Di telaga Zam-Zam.

28. Di belakang makam Nabi Ibrahim.

29 Di atas bukit Safa’ dan Marwah.

30. Di Muzdalifah.

31. Di Mina

32. Di Jamrah yang ketiga.

33. Di Masjid, di tempat-tempat ibadat orang Islam atau di tempat-tempat lainnya yang di pandang baik dan mulia.

Oleh itu lazimkanlah diri berdoa, bukalah diri untuk meluahkan apa-apa masalah atau hajat kepada Allah, kemudian mohonlah kepada-Nya. Jangan terasa segan, jangan terasa jauh. Pastikan anda menggunakan cara-cara dan adab berdoa dengan betul dan pilih masa dan ketika yang mustajab untuk berdoa agar insyaAllah doa-doa tersebut diperkenankan Allah SWT. WallahuA’lam.

*

*


six × = 42

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Komputer Laptop Pertama: Osborne 1
Sejarah Komputer Laptop dan Notebook
Sejarah Komputer Laptop dan Notebook

Adalah agak sukar untuk menentukan komputer bimbit atau laptop yang pertama dihasilkan di dunia. Komputer bimbit pertama tidak tampak seperti saiz buku dan terlipat seperti...

Close