6 Jenis Wanita Malang

Tahukah anda apa yang dimaksudkan wanita malang ini? Kategori macamana wanita malang ini? Sesungguhnya wanita malang itu ada 6. Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah. Berikut adalah ertinya setiap golongan wanita itu:

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wallahua’lam. Minta dijauhkan daripada golongan wanita yang tersebut di atas.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “6 Jenis Wanita Malang

  • 17/02/2013 at 1:05 pm
    Permalink

    Kalau cakap ‘Ha…’ Itu kira mengeluh ke? Sy cakap ha.. sbb sy penat layan kerenah orang tapi sy hanya ckp perkataan ha… sahaja x de perkataan yg lain lps itu. Nama kata lain berserah/serah kalah. Seperti hembusan nafas itu kira mengeluh ke? Harap balas.

    Reply
  • 13/11/2011 at 11:44 am
    Permalink

    assalamualaikum. boleh saudara jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan WANITA HANANAH dengan lebih lanjut? menyatakan sayangnya kepada bekas suami atau kepada ANAKNYA dari suami yang lain ?? saya keliru. ayat tersebut seperti terdapat kesalahan. mana mungkin seorang ibu tidak boleh menyatakan kasih sayangnya kepada anak dengan bekas suami?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*