Keajaiban Allah dan Kesyukuran Manusia

tembikaiKita sebagai manusia seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa saja nikmat yang dianugerah oleh Allah swt. Kalau difikirkan, terlampau banyak nikmat-nikmat dan anugerah Allah kepada kita namun kadangkala kita ini alpa dengan keduniaan sehinggakan lupa untuk memuhasabah diri sendiri. Saya bukannya mengata kepada sesiapa, malah ianya ditujukan kepada diri saya sendiri sebagai peringatan.

Kalau diselidik dan dikaji, terlampau banyak peringatan Allah swt kepada manusia – termasuklah menghantar tanda-tanda kekuasaannya dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam – gempa bumi, banjir yang besar, kemarau yang panjang, penyakit yang berbahaya dan sebagainya semata-mata untuk merenung dan berfikir akan kesilapan kita sehinggakan terpaksa diberi amaran sedemikian rupa.

Kadang-kadang, Allah juga menghantar mesej ketuhananNya, keagunganNya dan ketuanpunyaanNya terhadap makhluk yang berada di muka bumi dengan apa yang boleh dikatakan keajaiban yang tidak dapat dijangkau oleh kita semua. Bayangkanlah tanda-tanda keEsaanNya ditunjukkan melalui pelbagai saluran yang amat unik dan tak terfikir oleh manusia.

Pada artikel ini, saya ingin mengundang anda merenungi dan menghayati keagungan dan kekuasaan Allah melalui fenomena-fenomena yang menarik yang boleh dikongsi bersama. Fenomena yang saya maksudkan ialah keajaiban kejadian dan kehebatan kuasa Allah yang hendak diperlihatkanNya kepada manusia supaya kita semua berfikir dan bersyukur kepadaNya. Cuba anda lihat gambar-gambar yang dirakam oleh pelbagai media di dunia ini.

kaktus nama Allah

Allah in the eye

pokok rukuk

Cuba kita bayangkan, adakah gambar-gambar ini sengaja direka-reka atau sememangnya Allah ingin memberi tanda-tanda keesaan dan keagunganNya. Banyak lagi gambar menarik yang boleh menjadi bukti kebijaksanaan dan keajaiban Allah swt.

pokok Allah2

Di bawah adalah gambar yang lebih dekat untuk paparan semua.

pokok Allah3

Kalau kalimah Allah sering ditemui seperti pada binatang, tumbuhan dan sebagainya, bagaimana pula dengan kalimah syahadah ini yang ditemui di Jerman – lengkap dan tepat. Apakah ini juga sekadar kebetulan:

pokok ajaib Allah

Dan bagaimana pula dengan gambar batu di bawah yang kelihatan seolah-olah bersujud kepada Penciptanya.

batu sujud

awan Allah

Umum sudah ketahui bahawa kedua-dua telapak tangan kita mempunyai jumlah 99 nama Allah. Tidak terfikirkah kita bahawa jari-jari pada tangan kita juga mungkin membentuk kalimah Allah seperti gambar di bawah ini:

jari manusia

Lain-lain tanda kekuasaan Allah boleh anda lihat sendiri pada gambar-gambar yang unik di bawah ini:

nama Allah di cuping

sarang lebah

sarang lebah2

aglonema Allah2

allah tree

fishallah1

Dan banyak lagi kejadian dan gambar-gambar ajaib boleh dapati daripada internet. Salah satu fenomena yang saya secara peribadi merasakan keagungan dan kekuasaannya yang amat jelas sekali ialah semasa berlakunya tragedi tsunami terutama di Banda Acheh di mana bangunan dan struktur bangunan yang sememangnya kukuh dan utuh telah hancur berkecai menjadi batu-batu dan sampah sarap yang dihanyutkan oleh air besar dengan enteng sekali. KECUALI ada beberapa buah masjid yang nyata sekali diselamatkan oleh ALLAH. Cuba lihat gambar salah satu masjid tersebut di bawah ini.

masjid acheh1

Begitu juga dengan masjid ini:

indomosque3

indomosque2

Ya Allah! Engkau Maha berkuasa, Engkau Maha Mengetahui dan Engkau juga Maha Mengasehani! Lihatlah kekuasaanMu tiada batasannya! Kami memohon keampunanMu dan dilindungi dari segala mala petaka yang Engkau mungkin datangkan kepada kami. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Sebelum saya akhiri artikel ini, di sini saya paparkan gambar daripada NASA, ketika Space Shuttle Apollo 11 berada di orbit Bumi. Lihatlah keagungan ALLAH yang Maha Berkuasa.

apollo

Wallahu A’lam.

Lain2 Artikel Menarik:

One thought on “Keajaiban Allah dan Kesyukuran Manusia

  • 12/03/2010 at 4:14 pm
    Permalink

    ….ALLAH itu maha berkuasa..kita sebagai hambaNYA perlu taat padaNYA…tidak perlulah kita pergi jauh untuk mencari keajaibanNYA sebaliknya lihatlah dalam diri kita sendiri…penciptaan manusa itu tujuannya adalah untuk beribadat pada ALLAH…                                          …….hamba ALLAH……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*