Apa Makna Tangisan Anda?

Sebahagian kita mungkin pernah merasakan tangisan, apakah itu disebabkan sedih, gembira, putus cinta, atau sebagainya, tapi apakah tangisan itu membuat kita merasa bahagia dan tenteram dalam hati kita atau bahkan tangisan yang kita lakukan itu hanya disebabkan oleh kekesalan semata, apakah dalam hari-hari kita pernah menangisi dosa kerana perbuatan maksiat kita, tangisan kerana takut akan siksaan dan azabNya?

Disini penulis ingin memberikan sedikit terjemahan dan kategori makna tangisan yang di ambil dari kitab Addurrunnadzhim dijelaskan oleh Muhammad Alhakiim at-tirmidzi rah beliau mengatakan tangisan itu ada beberapa macam dan terjadi disebabakan beberapa perkara yang berbeza:

1. Tangisan yang disebabkan kerana musibah dalam diri seseorang seperti  tangisan kerana dizalimi, dibunuh, kehilangan harta, kemudian menangis dan menimbulkan darinya banyak fikiran, pasrah, bahkan boleh menyebabkan kebutaan.

2. Tangisan pura-pura atau buat-buat iaitu tangisan seorang pencuri atau perompak kerana kebiasaannya mencuri atau merompak yang tidak boleh di tinggalkan olehnya. Tangisan ini mewariskan kekerasan hati dan kebencian.

3. Tangisan yang dalam iaitu tangisan seorang wanita kerana ditinggal kekasih, patah hati, tangisan ini mewariskan kelemahan dan futur…

4. Tangisan kerana takut siksaan iaitu tangisan kerana meyakini akan adanya siksaan Allah, hatinya tergoncang kerana takut akan dirinya terkena siksaan, tangisan ini menyebabkan dia mendapatkan rahmat dan syurga Allah.

5. Tangisan kerana sedih iaitu tangisan kerana dekatnya dengan Allah swt, dia mengetahui bahawasanya tidak ada amal yang sampai kecuali semata-mata kerana Allah dan takut kalau amalnya tidak sampai kepada Allah, tangisan ini akan mewariskan cahaya didalam hatinya.

6. Tangisan gembira iaitu tangisan kerana mendapatkan kesenangan atau kesuksesan, tangisan ini mewariskan ketenangan dalam jiwa, dan prasangka baik terhadap Allah swt.

7. Tangisan takut iaitu tangisan dari ilmunya Allah kerana menuju kedekatan kepada Allah swt, hatinya tergoncang mendapatkan rahmat kerana  kedekatannya kepada Allah swt, tangisan ini mewariskan khusyu`.

8. Tangisan kerana kerinduan, tangisan ini mewariskan kedekatan.

9. Rintihan dalam tangisan,iaitu tangisan kerana Allah menguji hambanya, dia menangis bersabar terhadap ujian Allah yang diberikan kepadanya, tangisan ini mewariskan kedekatan kepadaNya, cintaNya, dan belas kasihNya.

10. Tangisan yang dalam kekuasaannya iaitu Allah lah yang menyebabkan tangisan itu sebagaimana firman Allah swt dalam surat An-najm ayat 43: ( dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis ).

Adapun tingkatan darjat tangisan yang paling tinggi adalah tangisan orang-orang yang khusuy’, tangisan kerana kerinduan, tangisan kerana  takutnya kepada Allah swt, diriwayatkan dari Mua`wiyah bin Hayadah RA berkata, bersabda Rasululullah saw : Ada 3 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: mata yang selalu menjaga di jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang menjaga dari apa yang diharamkan oleh Allah swt.(At-targhiib wa Ttarhiib).

Dari Haisam bin Malik bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Suatu hari Rasulullah saw khutbah, maka menangislah seorang laki-laki  kerana khutbahnya Rasulullah saw, maka Rasulullah saw bersabda: kalaulah kalian menyaksikan seluruh mu`min pada hari ini mempunya dosa sebesar gunung, maka dosa-dosa mereka terampuni dengan menangisnya pemuda ini, kerana malaikat menangis dan mendoakannya: Ya Allah berilah syafaat pemuda ini yang tidak pernah menangis sebelumnya”. (HR.AL-Baihaqi).

Saudaraku berada dimanakah posisi dan darjat tangisan kita, apakah pernah kita menangis kerana Allah, atau kita menangis kerana kekasih kita, atau kita tidak pernah menangis sama sekali bahkan kita tertawa terbahak-bahak dengan senangnya dan tidak mengetahui bahawasanya kain kafan telah menunggu kita, Rasulullah saw bersabda: “Kalaulah kalian menyaksikan apa yang aku lihat,nescaya kalian akan banyak menangis dan sedikit tertawa”. Wallahu`alam….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*