Haid Wanita – Perlukah Qadha Solat?

Bercerita pasal masalah haid wanita, tentu ramai secara umum mengetahui apabila seseorang wanita didatangi haid, maka mereka tidak boleh berpuasa atau bersembahyang. Masalahnya dalam bab haid ini, kebanyakan wanita samada tidak perasan atau lebih malang lagi tidak tahu menahu lansung tentang kewajiban yang perlu dilakukan apabila sudah bersih daripada haid. Kekurangan ilmu feqah dalam diri menyebabkan berlakunya kesilapan besar tidak menqadhakan solat yang sebenarnya wajib diqadha.

perlu qadha solat kerana haidHakikatnya amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang benar-benar mahir dalam bab “orang perempuan ini” di mana pada akhirnya perlu dirujuk kepada ustaz-ustaz lelaki untuk menerangkan dan memperbetulkan masalah ini.

Kalau ditanya soalan kepada kebanyakan wanita soalan sepertimana tajuk di atas, sudah tentu hampir 90% daripada wanita akan menjawab  “puasa perlu diqadha tetapi solat tidak perlu”. Mungkin jawapan itu berpunca daripada jawapan turun temurun yang tidak disoal kembali kesahihannya mengikut hukum Islam.

Sebaliknya, SOLAT ITU BUKAN BOLEH DITINGGALKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA, HATTA SEKALIPUN WANITA ITU DIDATANGI HAID! Pada hakikatnya solat perlu diqadhakan bergantung kepada waktu keringnya darah haid tersebut.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Al- Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Feqah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “ Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…“perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.

“Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqadha solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!! ARTIKEL INI BOLEH DISALIN DAN DILETAKKAN PADA MANA-MANA BLOG ATAU LAMAN WEB ITU MANFAAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Haid Wanita – Perlukah Qadha Solat?

  • 24/07/2013 at 8:43 am
    Permalink

    assalamualaikum tuan, mohon share info ye. penting ut saya & kaum2 saya. jangan risau, saya sertakan link asal article tuan. terima kasih. syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira..

    Reply
    • 25/07/2013 at 10:31 am
      Permalink

      Silakan, x ada masalah. Cuma sdri kena install firefox addon – RighttoClick utk membolehkan sdri highlight text dlm blog ni.

      Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*