Mandi Junub – Adakah sah mandi junub anda?

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya…saya kongsikan artikel ini untuk semuanya…sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih kerana membantu.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Cara Mandi Wajib Yang Betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan. Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

WALLAHU A’LAM.

21 Comments

  1. shella said:

    salam ustaz.. sy nak tnya, kna mandi wajib dulu ke atau mndi biasa dulu (guna sbun, shampoo, berus gg dll).. atau sebaliknya

  2. KL BOY said:

    adakah lafaz niat mandi disebabkan keluar mani dengan mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri berbeza?

  3. Azim said:

    Salam,saya nak tanya adakah sah solat saya jika saya tidak mandi wajib selepas akil baligh??

    • tokjogho said:

      kalau confirm dah akil baligh setelah keluar mani kerana bermimpi dll, wajib mandi wajib. Jika x amalan solat kita x sah sbb diri kita x suci.

  4. joe said:

    saya pernah terjumpa satu bentuk lafaz niat mandi junub lain dari apa yg tuan nyatakan diatas. “sahaja aku mengangkat hadas besar pada sekelian tubuh ku fardhu ketasa ku kerana allah taala” adakah lafaz niat ini betu dan boleh digunakan?..terima kasih tuan..

  5. pak teh said:

    saya mandi wajib dengan cara niat bila air smpai ke bdan…pastu basuh suma anggota badan….sah ke camtu>?

  6. mat konfius said:

    Salam Ustaz,
    Sy nk tanye. Selama nie sy mandi wajib, sy akan berwuduk dahulu kemudian baru ikut rukun mandi wajib yg t’sebut. Tapi utk tidak membatalkn wuduk sy, sy tidak menyentuh kemaluan (kemaluan sudah dibersihkn sebelum niat mandi wajib). Sy hanya meratakan meratakan air ke seluruh badan anggota badan. Adakan sah mandi wajib sy? Bolehkah sy membersihkan (dgn menyentuh)kemaluan selepas berwuduk? Atau berwuduk ini tidak perlu ketika mandi wajib?

  7. abang long said:

    1 ustad, saye telah difahamkan bahawa kite kene lekas mandi wajib, setelah kite bersetubuh tiada jangka mase ke sebelum kita mandi wajib?,
    2 Selepas saye mandi wajib selepas bersetubuh,terdapat air seperti air mazi keluar drpd kemaluan saye, adakah sah mandi wajib saye ustad

  8. imran said:

    salam,

    boleh huraikan lebih lanjut niat dan disertakan meratakan air ke anggota badan, sbg contoh, sekiranya kita menggunakan air paip untuk mandi dan menadah air dlm tangan dlm keadaan paip sedang terbuka sambil membaca niat kemudian meraup air tadi ke kepala dengan niat memulakan mandi wajib itu. Apakah mandi wajib itu sah atau tidak ?

    • tokjogho said:

      Salam Imran,
      Saya bukan pakar dlm bidang ni tetapi sepanjang yang saya tahu, niat perlu terjadi semasa kita mula-mula mengenakan air pada anggota badan kita seperti kita mulakan dengan membasuh tangan (sertakan niat dan baca bismillah), kemudian baru dituruti dengan membasuh kemaluan dan meratakan air keseluruh badan. Kalau kita mengikut tertib seperti yg Rasullah amalkan, ianya sunnah. kalau x, mandi wajib tetap SAH. Mungkin sdr boleh layari pautan berikut untuk baca details tentang permasalahan ini. –> http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah/

  9. acu_MT said:

    assalamualaikum… sy nak tanya, jika mandi wajib selepas solat subuh di bulan ramadhan, adakah puasa itu dikira?

    • tokjogho said:

      salam acu_MT,
      Kalau tersedar dah luput waktu solat, terus mandi wajib, solat dan berpuasa…tentulah sah puasanya….wallahu’alam.

  10. mohd nizam said:

    ustaz: saya bersetubuh diwaktu malam. selepas bersetubuh saya mencuci kemaluan saya. keesokan pagi sebelum solat subuh saya mandi wajib. saya mengikut rukun iaitu niat dan meratakan air ditubuh badan saya tanpa mencuci kemaluan. kerana saya yakin kemaluan saya bersih dicuci selepas bersetubuh. adakah sah perbuatan mandi wajib saya ???

    • tokjogho said:

      salam,
      sepanjang yg saya tahu, mandi hadas hanya sah setelah berniat. Bila dah niat tu baru kena cuci semua, jadi masa tulah kena cuci kemaluan dan ratakan air seluruh badan. Baru sah! Kalau nak detail kena tanya org yang lebih mengetahui. Jgn malu sebab ni perkara wajib tahu. Wallahu a’lam.

    • tokjogho said:

      Yalah ..sudah tentu bila halal, sahlah mandi wajib tu. Yang pastinya, yang halal tu jenis yang semula jadi seperti inai kerana ianya bukan berasal drp bahan kimia.

  11. hamidi said:

    adakah cara mandi junub n mandi wajib ni sama ustad?
    sy keliru r ustad…

*

*


5 − = zero

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro