Enjin Pencari Al-Quran

Tahukah anda tentang Enjin Pencari Al-Quran? Sekilas pandang, ianya memang merupakan enjin pencari ayat atau pun teks dalam Al-Quran seperti yang tertera pada laman web tersebut, namun ianya sebenarnya merupakan sebuah laman web yang lengkap, bukan sahaja merupakan enjin pencari teks daripada Al-Quran pelbagai bahasa, bahkan terdapat juga rujukan-rujukan lain seperti Hadith, jadual waktu sembahyang seluruh dunia, forum Islami, galeri video serta pelbagai lagi sumber rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

Laman web yang dimaksudkan ialah Guidedways.com, sebuah laman web yang serba lengkap menyediakan pelbagai khidmat berkaitan informasi dan rujukan tentang Al-Quran, Al-Hadith dan artikel menarik seumpamanya. Anda juga boleh memuat turun pelbagai jenis software yang berorientasikan Islam termasuk iQuran for iPhone dan iPod, iPray for iPhone, PrayerTimes for PC, Qir’at Quran Reciter for PCs dan lain-lain lagi. Bukan itu saja, anda juga disedia dengan pelbagai nasyid secara online untuk didengari, galeri e-kad, sesi belajar Bahasa Arab dan banyak lagi item-item yang bermanfaat.

Berkenaan dengan Enjin Pencari Al-Quran yang dimaksudkan, anda boleh mencari sebarang teks dalam Al-Quran berdasarkan teks carian (keywords), bersesuaian dengan sokongan terjemahan pelbagai bahasa yang disediakan seperti bahasa Arab, Farsi, Jerman, Indonesia, Melayu, Urdu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan juga Turki. Sebagai contohnya, saya mencari perkataan “isteri” dan hasilnya adalah seperti di bawah:

Enjin pencari Al-Quran

Anda juga boleh memilih teks carian popular seperti yang tertera diskrin pada laman web tersebut. Ini merupakan teks atau perkataan-perkataan popular yang dicari oleh pengunjung. Contoh teks popular adalah seperti di bawah:

Enjin pencari ini amat berguna sekiranya anda ingin mencari sumber rujukan tentang sesuatu perkara dalam Al-Quran. Sudah tentu anda perlu merujuk kepada penjelasan yang terperinci melalui tafsiran ayat, bukan hanya bergantung kepada terjemahan semata-mata. InsyaAllah, SELAMAT MENCUBA!! Semoga ianya dapat membantu anda…

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*