Menentukan Arah Kiblat – Kaedah Internet

kiblat

 Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah penting untuk tujuan sembahyang kepada Allah. Adakah anda pasti, posisi arah kiblat yang anda amalkan sekarang tepat ke arah Kaabah di Mekah. Sekiranya anda melancung ke luar daripada kawasan anda seperti ke luar negara sbg contoh, tidaklah rumit untuk mencari arah kiblat yang betul. Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah senang berbanding masa lampau, dengan bantuan kompas dan internet. Berikut adalah kaedah yang tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat di seluruh dunia.

[wp-like-locker] Tolong like di FB![/wp-like-locker]

trans Menentukan Arah Kiblat   Kaedah InternetDengan bantuan Google yang tersohor di dunia, anda mampu mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah dua laman web yang anda boleh layari untuk menentukan arah kiblat mana-mana tempat di dunia.

1. http://www.qiblalocator.com/

kiblat1 300x114 Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh di bawah:

kiblat2 300x73 Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Saya hanya memasukkan poskod 26100, disusuli nama negara Malaysia – Qiblat locator berjaya mengesan lokasi saya di Balok, Pahang dan memaparkan arah Qiblat. Arah kiblat dipaparkan pada 291.95 darjah dari arah

balok 300x185 Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Anda boleh menaip alamat tempat, disertai dengan poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap kampung di dunia sehinggakan nama kampung saya yang mungkin tidak dikenali di peta dunia juga berjaya ditemu arah kiblatnya. Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!!

Laman web ke dua ialah:

2. http://www.qibla.com.br/

Pada laman web ini, konsep yang juga adalah sama di mana perlu memasukkan maklumat longitud dan latitud untuk lokasi anda pada sumber atau origin pada peta sebelah kiri manakala destinasi pada peta seblah kanan telah disetkan pada Kaaba, Mecca.

kiblat1a Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Keputusan dihasilkan dengan 2 arah , cara kompas digunakan iaitu mengikut ke arah Utara berpandukan lokasi kita atau menggunakan arah magnetik yang ditunjukkan oleh kompas. Sila lihat pada Gambar untuk keputusan arah tersebut.

Laman web ke tiga yang boleh anda tinjau ialah:

3.� http://www.qibladirection.com/qibladirection_default.aspx

Teknik yang sama juga digunakan di mana anda boleh mencari arah Kiblat menggunakan Google Map dan Google Earth. Untuk menggunakan Google Earth anda perlu memuat turun Plugin Google Earth untuk browser anda terlebih dahulu.

kiblat3a Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Anda akan dipaparkan dengan skrin berikut. Taipkan maklumat seperti nama tempat, bandar, negeri, negara atau boleh juga masukkan poskod, nama negara.

kiblat3c Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Berikut adalah skrin keputusan dipaparkan, menggunakan bandar Kota Bharu, Kelantan. Ada 3 cara bagaimana menentukan arah kiblat sebagaimana yang tertera dalam skrin keputusan tersebut. Waktu sembahyang untuk lokasi anda juga dipamerkan pada bahagian bawah.

kiblat3d Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet


Contoh Skrin Jadual Waktu Sembahyang

kiblat3e Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Ulangi teknik yang sama untuk Google Earth. Sila lihat skrin Google Earth bagi info yang sama sebelum ini.

kiblat4b Menentukan Arah Kiblat   Kaedah Internet

Saya harap artikel ini dapat memberi panduan berguna untuk anda umat Islam. Kalau anda ingin mencuba laman-laman lain di internet, anda boleh google dengan teks carian seperti qibla direction atau qibla locator. Contoh halaman web lain ialah http://www.listenarabic.com/qibla-locator.php Sekiranya anda mahukan cara menentukan Kiblat menggunakan kedudukan matahari, sila rujuk kiriman bertajuk “Penentuan Kiblat Berpandukan Matahari”.

Selamat mencuba. Wallah hu A’lam.

Related posts

8 Comments

  1. zahrul said:

    Assalamualaikum, nak komen sikit. Laman bercerita pasal Islam tapi iklan kat atas tak senonoh langsung.

  2. Nur Alia said:

    Hari ini saya menemui petua ini. Ia sangat bermanfaat dgn kemudahan tablet yang boleh di bawa ke mana-mana, masalah mencari arah kiblat dapat di atasi tanpa kompas. Syabas tuan yang sudi berkongsi ilmu.

  3. wanluqman said:

    Banyak sungguh ilmu technologi it etc diangkat hijab, semoga kita juga menyertai pelopori & memanafaat segala kurniaan Ilahi. Nice share. salam

    • tokjogho said:

      Salam Wan,
      Yang penting ialah kita menggunakan segala sumber teknologi itu ke arah kebaikan. Contohnya, ramai yang kata Youtube dan Facebook tu sebagai laman yg tidak berfaedah, walhal hakikatnya ada yg memeluk Islam hanya kerana belajar tentang Islam melalui Youtube. Begitu juga dengan Facebook jika kita gunakannya secara berhikmah.

  4. ummat said:

    salam tuan,saya perhatikan kebanyakan application yang diguna pakai untuk mencari kiblat adalah dari terbitan atau pecahan ‘GOOGLE’.. sedangkan founder ‘Google Inc.’ ialah orang bukan muslim iaitu  larry page dan sergey brin.. bukankah ada kesangsian di situ.. -sekadar meminta pendapat

    • tokjogho said:

      salam ummat,
      tok faham itu..tapi kita tidak boleh rangkumkan semua org bukan Islam itu tidak bertanggungjawab dan anti Islam! Aplikasi Google pun, ianya boleh dianggap bertepatan dengan Islam sekiranya ianya tidak berlawanan dengan Islam, dan ketepatan aplikasi tersebut harus diambil kira sekiranya ia benar2 tepat/sama dengan kaedah lain yang ada di dunia ni…wallahua’lam.

    • tokjogho said:

      salam bistari,
      cuba2 promo lah blog ni! semoga semua peroleh manfaat drpnya! Terima kasih kerana berkunjung ke sini!

*

*


9 − four =

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
aqidah-syiah.jpg
Fakta-fakta Tentang Penyelewengan Fahaman Syiah

  Fahaman Syiah merupakan satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Sebahagian besar golongan syiah ini berpusat di Republik Islam Iran tetapi ianya...

Close