Baca Quran Secara Online Dan Offline

Al-Qur’an memberikan petunjuk manusia kepada jalan yang lurus. Tidak ada keburukan di dalamnya, oleh kerana itu sebaik-baik manusia adalah mereka yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.

Rasulullah SAW bersabda, ”Sebaik-baik orang diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

 

Baca Secara Online di PC Anda

Dalam dunia yang serba canggih ini, anda dapat membaca Quran secara virtual atau maya di mana penggunaan Al-Quran Flash Maya membolehkan anda membanyanya melalui skrin komputer anda. Penggunaannya pun amat mudah seolah-olah anda membacanya di rumah. Cuma anda perlu memasang Plugin Flash pada browser anda seperti Firefox, Chrome atau pun IE (kebanyakan ianya siap terpasang kalau beli kat kedai)

Menu untuk QuranFlash Online
Menu untuk QuranFlash Online

Melalui menu di atas, anda boleh memilih jenis-jenis Quran yang hendak dibaca, misalnya Jenis Quran Bertajwid dll. Pilih “Book Type” untuk memilih jenis-jenis Quran yang disediakan.

Sesungguhnya, tiada alasan untuk anda tidak membaca Al-Quran kerana anda mampunya membacanya di mana saja seperti di pejabat (masa rehat dsb), selagi ada akses internet.

Sila kunjungi pautan blog di bawah ini untuk membaca secara online. InsyaAllah, semoga bermanfaat !

BACA AL-QURAN SECARA ONLINE/MAYA – KLIK SINI!

 

Baca Secara Offline di PC Anda

Quran Flash adalah aplikasi Al Quran maya dalam format flash dan bersifat portable, tanpa perlu diinstall. Penggunaannya pun mudah semudah membaca Al Quran secara fizikal.

Sekiranya anda tidak mahu membaca Quran secara online, anda boleh juga memuat turun Quran Flash tersebut dan baca secara offline. Ini membolehkan anda membacanya tanpa akses kepada internet dan pada bila-bila masa terluang di hadapan PC anda.

 

QuranFlash versi transliterasi
QuranFlash versi transliterasi

Sebelum anda memuat turun, berikut adalah perincian tentang QuranFlash:

  1. Terdapat pelbagai format OS yang disediakan seperti untuk Windows, Mac, Linux dan juga format untuk telefon bimbit.
  2. Terdapat versi Bahasa Inggeris dan Urdhu (Saiz fail 20MB)
  3. Terdapat versi Quran Flash yang disediakan lengkap dengan Tajwid (berwarna)
  4. Terdapat versi  Quran Flash versi Transliterasi di mana ayat-ayat asal dalam Bahasa Arab diletakkan bersebelahan dengan transliterasi tulisan rumi (abc). Ini memudahkan sesiapa yang baru berkenalan dengan Al-Quran membacanya (Saiz fail – 144MB. Digalakkan menggunakan download manager untuk memuat turun fail ini)

 

Cara memuat turun Quran Flash

  1. Pilih versi QuranFlash yang ingin dimuat turun. Saya cadangkan anda pilih versi English/Windows atau English/Mac (bagi sesiapa yg menggunakan komputer Apple)
  2. Anda akan disuruh memasukkan CAPTCHA seperti di bawah ini. Masukkan kod tersebut dan KLIK “submit”.
  3. kod captcha
  4. Proses muat turun akan bermula. Tunggu sehingga siap!

 

Quran Flash boleh dimuat turun pada pautan di bawah:

Quran Flash Download

 

Selamat Mencuba. Semoga Bermanfaat!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

5 thoughts on “Baca Quran Secara Online Dan Offline

  • 13/01/2018 at 10:17 pm
    Permalink

    Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan datang menjadi teman mereka di akhirat nanti.

    Reply
  • 26/07/2013 at 1:33 am
    Permalink

    salam saya nk tnya klo sya nak beli al-quran nie kat mna…klo bley tlng gtaw mna kedai yang saya tahu contohnya poopular,or hasani

    Reply
  • 27/02/2013 at 1:10 am
    Permalink

    Saya tak pandai nak download

    Reply
    • 06/04/2011 at 5:18 am
      Permalink

      salam rose,

      boleh2 xde masalah tp rose kena usaha sendirilah macamana utk cut n paste artikel sbb saya dah letakkan copy protection kat blog ni…insyaAllah dapat. rose cuba ikhtiar utk copy n pase ya! kalu boleh rose letak sumber tu drp blog ni ya. Oh ya! minta tolong klik like dulu ok. tima kasih!

      Reply

Leave a Reply to ZAHARINAH ABD KADIR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*