Sejarah, Fakta dan Kelebihan Bulan Ramadhan

RAMDHAN

RAMDHAN 150x150 Sejarah, Fakta dan Kelebihan Bulan RamadhanSempena menyambut Ramadhan yang hampir tiba, di sini saya ingin siarkan artikel mengingati Ramadhan. InsyaAllah, dengan aritkel ini sama-sama kita menghayati Ramadhan al-mubarak ini. Semoga kita sempat menyambut Ramadhan yang akan tiba tidal lama lagi.

FAKTA SEJARAH RAMADHAN

1) Ramadhan: ertinya panas terik

2) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru ramadhana)

3) Terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Didalamnya dipilih ada malam al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.

6) Dipilih untuk ibadat puasa.

7) Dipilih untuk ibadat-ibadah lain (tadarus Al Quran)

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)

2) Bulan penuh keberatan

3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

8) Memberi buka puasa banyak pahala

9) Bulan ampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.
AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menyiapkan pakaian untuk Ramadhan[untuk solat] 3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan[dikawatirkan ada hari yang terlewat tanpa niat]

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

8) Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur – untuk mengelakkan pada siang tdk terlalu payah, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangi tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu luang (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pancaindera

19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang

20) Hadiri majlis ilmu

21) Berbuat baik pada ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pada suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama orang tua

26) Undang tamu berbuka

27) Kurangi berat badan

28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki saja)

29) Perbaiki hubungan suami isteri

30) Perbaiki hubungan dengan tetangga

31) Isteri jauhi dari keluar memakai makeup dan perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Membangunkan anak dan isteri di malam Lailatul Qadar

37) Elakkan menonton TV yang mengandungi bahan-bahan menaikkan nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dengan nada lembut dan khusyu’

40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri siang hari

41) Mendoakan ibu bapa baik yang hidup atau yang meninggal dunia

42) Melazimkan solat tepat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka berjalan jalan yang menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah
CARA BERAMAL DI MALAM LAILATUL QADAR (Malam 21-30):

1) Kepada Orang Tua Lemah

Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang

– Baca ayat akhir surah Al Baqarah

– Baca ayat Kursi

– Baca surah Yaasin

– Baca surah Al Zalazah

– Baca surah Al Qafirun

– Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yang kuat dan cergas

– Bangunkan isteri dan anak

– Mandi

– Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al-Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ):

– Tarikh turunnya Al Quran

– Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yang baik
CARA MENYAMBUT HARI RAYA

– Jangan sekali-kali di sambut dengan hiburan, mercun, bunga api, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan

– Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dianjurkan keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah Dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

– Ibnu Abbas r. a pernah mengatakan bahwa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan dari anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka

– Oleh kerana itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.
TAKBIR DI MALAM HARI RAYA

Takbir sebenarnya mempunyai cerita. Menurut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan terjadi di musim dingin, kemudian Salman Al Farisi menganjurkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dimasukkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya, Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan2 untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh kerana itu bersiap sedialah dari awal supaya benar2 mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
Do’a untuk menghilangkan panas badan/masuk angin, maklumlah waktu lapar memang mudah masuk angin… .

* Rujuk pada Surah Al-Anbiya ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, istri, suami dll). Insyaallah, cuba amalkan.

Related posts

One Comment;

  1. Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M said:

    Ramadhan Greeting to Every Muslim. Syukur Alhamdulillah! Welcome Ramadhan 1435H/2014M the best season for offering good deeds and gaining reward.
    “Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t”
    Kepada sesiapa yang belum mendapatkan Imsakiah Ramadhan 1435/2014 Malaysia boleh Muatturun sepenuhnya di Laman Saya (Click Pada Nama). Persiapkan diri dan jiwa untuk menyambut ketibaan bulan kesempatan yang tiada taranya, Ramadhan serba istimewa dan amat dirindui.

*

*


8 − = three

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
bandar kuno bandar tua
10 Bandar Tertua di Dunia

Bandar kuno atau bandar yang tertua merupakan bandar peninggalan sejarah yang memberi nilai tambah kepada dunia pelancongan dalam sesebuah negara. Tahukah anda bandar-bandar tertua yang...

Close