Surah Al-Mulk dibaca Oleh Syeikh Mishary Rashid Alafasy

Salam Ramadhan untuk semua,

Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin kongsikan bacaaan Al-Quran oleh Syeikh Mishary Rashid Alafasy. InsyaAllah bacaannya amat merdu dan menyentuh hati sekali. Sambil dengar tu, buka terjemahan AL-Quran dan cuba hayati isi kandungan Surah Al-Mulk iaitu surah yang ke 67 dalam Al-Quran yang antara fadhilatnya insyaAllah mampu menghalang azab kubur kelak. Bagi sesiapa yang nak baca surah ini online, boleh layari PAUTAN INI. PILIH OPSYEN TRANSLATION KEPADA “MALAY” UNTUK DAPATKAN TERJEMAHAN BAHASA MELAYU.

 

Video Bacaan Syeikh Mishary Rashid Alafasy.

[vsw id=”SQmbq_YXp8s” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

Sambil-sambil itu, cuba baca dan renungi tazkirah ringkas Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan di bawah ini:

Pertama

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada).
  2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
  3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, baginda telah bersabda yang bermaksud:

  1. “Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah Ta’ala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji ‘Arasy.
  2. Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah Ta’ala.
  3. Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah Ta’ala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) menjaminnya di dalam Syurga.
  4. Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahalanya seperti pahala Maryam dan Asiah.
  5. Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah Ta.ala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak.”

Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut:

  1. Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara’.
  2. Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain.
  3. Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci, seperti: nyanyian yang melalaikan.
  4. Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, seperti: Produk Yahudi dan sekutunya.
  5. Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*