Amalan Bersedekah Dalam Islam

Sering kita mendengar banyak anjuran untuk bersedekah. Namun tidak sedikit yang bertanya-tanya bagaimana memulainya dan kepada siapa saja. Berikut ini adalah panduan yang disampaikan oleh Rasullullah SAW, melalui beberapa riwayat yang disampaikan dari para sahabat beliau.

“Sedekah kepada fakir miskin bernilai satu sedekah. Sedangkan sedekah kepada kerabat mempunyai dua nilai; sedekah dan menyambung silaturahim.” 


“Mendamaikan antara dua orang adalah sedekah”, 
“Membantu dan menaikkan barang seseorang ke atas kendaraannya adalah sedekah, “ 
“Ucapan yang baik adalah sedekah, “ 
“Setiap langkah menuju masjid adalah sedekah”, dan 
“Menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dari jalan adalah sedekah.”

“Tidaklah seorang muslim yang bercucuk tanam, kecuali setiap tanamannya yang dimakannya bernilai sedekah baginya, apa yang dicuri orang darinya menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan binatang liar menjadi sedekah baginya, apa yang dimakan burung menjadi sedekah baginya, dan tidaklah seseorang mengambil darinya, melainkah ia menjadi sedekah baginya.”

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW pun bersabda:

“Seorang muslim, jika memberikan nafkah kepada keluarganya, sementara ia ikhlas, maka nafkah itu akan menjadi sedekah baginya.”

“Pemberian nafkah seseorang kepada keluarganya adalah sedekah.”
…, dan persetubuhanmu terhadap isterimu adalah berpahala.” Kami lantas bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin seorang yang melepas syahwatnya boleh menjadi sedekah?” Beliau menjawab: “Ya, apa pendapatmu jika syahwat itu di letakkan di tempat yang Allah haramkan, bukankah itu akan menjadi dosa?”īKami menjawab, “Tentu.” Beliau bersabda: “Demikian juga kalau diletakkan pada sesuatu yang Allah halalkan, maka ia akan menjadi sedekah.”

Sedemikian mudahnya dan banyaknya pintu-pintu bersedekah, hingga Rasullullah SAW prnah menyampaikan bahwa:

“Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” 

Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau bersabda; menyuruh melakukan yang ma’ruf’ dia berkata; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Beliau bersabda: ‘Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.’

 

Oleh itu wahai pembaca sekelian, marilah kita sama-sama meringankan diri dan hati kita untuk bersedekah terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*