Cara Allah Hilangkan Ilmu Pengetahuan

ulamak kita yang telah meninggal
ulamak kita 150x150 Cara Allah Hilangkan Ilmu Pengetahuan
ulamak kita

Sadarkah kita bahawa dunia ini semakin kurang alim ulamak? Dengan kata lain, ilmu pengetahuan yang ada telah berkurangan dari masa ke semasa menuju akhir zaman.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass radiallahu anhuma berkata,

“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)

KETERANGAN HADITH
Sekarang ini alim ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim ulamalah yang memberikan makna dan erti kepada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di akhir-akhir ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk menghasilkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah keadaan masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Related posts

*

*


one + 6 =

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
farmville
10 Permainan Yang Popular di Facebook
10 Permainan Yang Popular di Facebook

Semua orang tahu dan kenal dengan Facebook. Facebook merupakan satu komuniti pengguna internet, di mana setiap ahli komuniti bukan sahaja boleh mecari teman dan bersembang...

Close