KESUNGGUHAN DAN KEKEMASAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAT

Jika anda pernah berada dalam majlis yang didakan dengan kehadiran Sultan, apakah yang akan anda alami atau dapat lihat. Semua hadirin berpakaian kemas (bahkan ada yang seragam), pakaian baru, misai, rambut dan janggut dirapikan, kasut dikilatkan, bau-bauan dipakai, cara berjalan ditertibkan, cara bercakap dilembutkan, tidak bercakap yang bukan-bukan, cara duduk dikemaskan, tidak ada satu perkara yang bising dilakukan hinggakan jika jarum jatuh mungkin kedengaran, mata tajam memandang ke hadapan, setiap aturcara dilalui dengan penuh khusyuk dan sebagainya. Semua orang tak mahu melakukan kesilapan.

SAF-salah

 

Itu majlis mengadap manusia yang dijadikan pemimpin. Bagaimana pula sikap kita pada majlis mengadap Tuhan kepada manusia. Baik pada majlis mengadap sendirian maupun pada majlis mengadap di masjid atau surau.

o Bagaimana pakaian kita?

o Adakah berlebih kurang sahaja?

o Bagaimana bau badan yang manusia sendiri memekupkan hidungnya?

o Bagaimana gerakan dalam solat kita?

o Adakah secara lebih kurang sahaja, tidak sekemas kita mengangkat sembah kepada raja. Orang Kedah kata angkat tangan untuk takbir pun cara ‘lohleh’. Menyebut takbir pun macam orang nak mati atau secara lebih kurang tidak seperti menyebut ‘Ampun Tuanku…’ Cara bangkit dan gerak dalam solat bagaimana? Adakah sekemas cara bangkit dalam majlis di raja?

o Cara duduk bagaimana pula.?

Adakah tidur ketika khatib berkhutbah sedangkan terbeliak biji mata bila mendengar titah diraja. Dan sebagainya. Memang baik dan dituntut kita beradab di mana-mana majlis pun. Tetapi kadangkala kita lupa bahawa di majlis mengadap Allah sepatutnya kita lebih beradab dan menunjukkan kesungguhan kita kerana kita mengadap Allah tuhan kita meskipun majlisnya tidak penuh warna warni dan gilang gemilang. Cukuplah kalau kita dapat bersedia mengadap Allah seperti mana kita bersedia mengadap pemerintah negeri/negara walaupun sepatutnya lebih dari itu.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*