Adab-adab Menguap Menurut Islam

Menguap adalah perbuatan yang berasal dari syaitan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia katakan ‘aaah…’, maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai orang bersin dan membenci menguap.”

adab menguap menurut islam

 

Apabila seseorang hendak menguap, ia harus memperhatikan beberapa adab berikut, antara lain:

1. Berupaya semampunya menahan dan menolak kuapan
Seseorang harus berusaha menolak, mengalahkan dan menahan kuapan, khususnya ketika sedang solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan kuapannya seboleh mungkin kerana syaitan boleh masuk.”

2. Meletakkan tangan di mulut
Tujuan meletakkan tangan di mulut ketika menguap ialah agar mulut tidak terbuka, yang pada saat itu manusia kelihatan buruk dan pada saat itu juga syaitan sedang mentertawakannya.

3. Tidak mengeluarkan suara aaah…
Jangan mengeluarkan suara ‘aaah…’ atau suara ‘waaah…’. Ini kerana syaitan sedang mentertawakannya jika ia mengeluarkan suara seperti itu.

4. Tidak mengangkat suara ketika menguap
Mengangkat suara kuapan termasuk adab buruk yang dianggap remeh oleh kebanyakan orang sedangkan perbuatan ini dapat membuat orang lain menghindar dari pelakunya. Kadangkala sebahagian orang jahil mengangkat suaranya ketika menguap dengan maksud ingin membuat orang sekelilingnya tertawa dan tentunya syaitan juga mentertawakan perbuatannya.

Oleh kerana itu, syariat Islam menetapkan adab dalam menguap, bersin, tidur dan lain-lain. Ini semua menunjukkan betapa agungnya agama Allah, yang mengatur seluruh aktiviti kehidupan manusia, baik pada malam mahupun siang. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan nikmat yang agung ini.
Islam yang universal ini mengatur seluruh kondisi manusia yang tidak akan pernah didapati pada syariat-syariat lainnya. Ini merupakan bukti bahawa Islam adalah agama yang sesuai pada semua tempat dan zaman. Ini kerana, tidak ada agama lain yang mengatur permasalahan ini. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat Islam.

Dipetik daripada buku Ensiklopedia Adab Islam Menurut al-Quran dan as-Sunnah.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*