Tuntutan Amalan Qurban dan Aqiqah

PENYEMBELIHAN QURBAN
Saban tahun, masuk sahaja musim haji, umat Islam tidak ketinggalan menjalan ibadah Qurban atau Korban sempena menyambut kedatangan Hari Raya Haji. Ada juga yang mengambil kesempatan menjalankan ibadah AQIQAH untuk melangsaikan tuntutan aqiqah terhadap anak-anak yang baru lahir atau pun anak-anak yang belum diaqiqahkan sebelum ini.
Ibadah Qurban dilakukan saban tahun pada Hari Raya Idil Adha
Ibadah Qurban dilakukan saban tahun pada Hari Raya Idil Adha
Namun tahukah kita semua tentang fadhilat dan manfaat terhadap segala tuntutan yang diunjurkan oleh agama Islam ini? Sekiranya ada di antara kita yang masih kurang faham dan kabur dengan kepentingan malah keperluan untuk melakukan qurban dan aqiqah ini, di sini akan diterangkan asas-asas pengertian dan fadhilat amalan qurban ini.
TUNTUTAN AMALAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (surah al-Haj:36)
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata:
“Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
Hukum melakukan ibadah qurban adalah Sunnat Muakkad (Sunnat yang amat diberatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
* Islam
* Merdeka (Bukan hamba)
* Baligh lagi berakal
* Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).
“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
* Binatang yang diqurbankan ialah daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
* Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
* Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
* Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”
HIKMAH DAN FADHILAT QURBAN
* Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
* Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
* Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
* Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
* Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
* Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”
bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
* Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: “Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta’ala” dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : “Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta’ala.”
* Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1. Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata:
“Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku…).” 
Orang yang menerima wakil menjawab:
“Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu…).”
(PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain)
2. Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:
“Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku).” 
(PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
* Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
* Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
* Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
* Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
* Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
* Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
* Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
* Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
* Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
PERKHIMATAN QURBAN/AQIQAH ONLINE
Sejak beberapa tahun terkemudian ini, khidmat qurban dan aqiqah boleh ditempah secara online and ibadah qurban dan aqiqah tersebut dilaksanakan oleh pihak yang bertanggung jawab. Perkhidmatan sebegini ada yang dilakukan secara lokal atau dalam negara dan ada juga yang dilakukan di luar negara bagi memenuhi keperluan di negara terbabit seperti di Palestin, Kemboja, Indonesia dan seumpamanya. Negara-negara terlibat biasanya yang yang penduduk Islamnya miskin seperti umat Islam di Palestin dan Kemboja.
Saya pernah berdialog dengan seorang penduduk berketurunan Kemboja di kampung saya, yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari nafkah. Beliau memberitahu bahawa di Kemboja, umat Islam di sana biasanya secara purata berupaya memakan daging sembelihan hanya 2 – 3 kali sahaja setahun. Tidak seperti di negara kita, yang mana mungkin kita boleh membeli daging lembu hampir setiap minggu jika kita inginkan. Di Kemboja, daging lembu atau kambing dikira sebagai makanan mewah dan mereka kebanyakan dapat merasainya hanya pada musim raya haji.
Disebabkan kos untuk seekor lembu di Kemboja amat murah berbanding dengan di Malaysia, ramai yang membuat keputusan untuk melakukan qurban di Kemboja. Biasanya 1 bahagian lembu di Kemboja adalah dalam RM230-280 sebahagian berbanding dengan di Malaysia yang rata-ratanya dalam RM450 – RM600 untuk satu bahagian.
Jika ada di kalangan pembaca yang berminat untuk melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah di Kemboja -> Boleh KLIK iklan eQurban dalam blog ini atau pun KLIK DI SINI.
Nota :
Tempahan Ibadah Qurban dan Aqiqah pada tahun ini akan ditutup pada 07 OKTOBER 2013. Jangan tunggu saat-saat akhir, tempah sekarang dengan klik pautan di bawah:
Kadar kos Qurban di Kemboja
Kadar kos Qurban di Kemboja
TEMPAH DI SINI!!
InsyaAllah keikhlasan anda melakukan amalan Qurban/Aqiqah ini akan mendapat balasan setimpal daripada Allah swt. Amin yaa rabbal aaalamin.
Sekiranya, anda ingin melakukan tempahan Qurban online untuk dilakukan di negara kita sendiri (tempatan), anda boleh KLIK pada pautan eQurban di sini. InsyaAllah, yang penting adalah keikhlasan anda melakukan tuntutan yang amat dianjurkan oleh Islam ini.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*