Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

Teknik dan Akhlak Berjimak Dalam Islam

diari suami isteri 150x150 Teknik dan Akhlak Berjimak Dalam Islam
Artikel ini adalah untuk rujukan kepada semua orang Islam. Langkah-langkah berikut adalah seprti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dan jika anda melakukan sesuatu cara itu walaupun ianya halal dari sisi agama, anda disarankan menanyakan pendapat isteri anda samada ianya selesa atau tidak.

Teknik & Akhlak Berjimak

Berjimak atau melakukan hubungan seks adalah salah satu kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia. Berjimak antara suami isteri boleh mengekalkan kesihatan, mengeratkan kasih sayang dan memanjangkan keturunan. Ia juga dapat mengawal nafsu dan kehormatan dariapda melakukan perbuatan yang haram. Nafsu yang tidak dikawal mengundang pelbagai kejahatan seperti rogol, zina, homoseks, lesbian, sumbang mahram, anak luar nikah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku berkahwin dengan perempuan, makan daging, tidur dan juga bangun, berpuasa,dan juga berbuka. Maka sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia bukan daripada golonganku.”

Hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah. Sesungguhnya kahwin itu akan lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa. Kerana puasa itu dapat menjadi benteng.”

Bagi pasangan yang sah, perhubungan ini memerlukan rangsangan untuk berjimak. Terdapat pelbagai maklumat melalui buku, majalah, VCD, dan internet tentang hubungan seks. Namun kita sebagai orang Islam sewajarnya berpegang kepada akhlak atau adab berjimak dalam Islam.

Dalam hubungan seks, lelaki lebih banyak menumpukan nafsu syahwat berbanding dengan wanita yang mendambakan belaian kasih sayang dan luahan jiwanya. Suami perlu tahu melayani isterinya dengan baik dan berakhlak. Kelakuan seks ganas atau luar biasa boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa. Jika anda benar-benar menyayangi pasangan anda, jadikan pelayaran itu bagaikan syurga yang dapat dinikmati sepenuhnya oleh anda berdua.

Panduan yang diberikan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan pasangan serta memperoleh zuriat yang baik, insya-Allah.

1. Sebelum berjimak, bersihkan diri dengan mandi, mengambil wuduk, memakai haruman yang lembut dan berpakaian yang menggoda pasangan anda.

2. Wujudkan suasana kamar yang romantik seperti menggunakan lampu yang samar, bau wangi daripada lilin beraromaterapi dan suhu bilik yang dingin.

3. Beri salam ketika mendekati pasangan anda supaya si dia bersedia untuk menerima kedatangan anda dengan rasa gembira.

4. Bercumbu, bergurau senda dan berkucupan. Diriwayatkan oleh Jabir r.a., “Rasulullah s.a.w melarang melakukan jimak sebelum bergurau senda terlebih dahulu.”< /EM >

5. Doa ketika hendak berjimak, “Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami.” (H.R Bukhari). Doa ini dibaca ketika suami isteri hendak berjimak. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud, “Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dgn isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan.”

6. Pakai selimut atau kain menutupi tubuh anda berdua. Al-Ghazali berkata,”Dalam suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya; dan menutup diri mereka dengan selimut, jangan telanjang menyerupai binatang. Si suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama dapat menikmati dan merasa puasa.” < /EM >

7. Membelai, meraba dan menyentuh bahagian-bahagian yang merangsangkan syahwat seperti bawah ketiak, payu dara, leher, dan pinggang ke bawah.

8. Apabila sudah terangsang, lakukan pelayaran dengan baik dan sopan. Dengan ini, pasangan suami isteri dapat menikmati anugerah yang Allah SWT berikan. Islam membenarkan suami menjimak isteri pelbagai cara. Firman Allah maksudnya : “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Surah Al-Baqarah:223). Ini bermakna berjimak dari arah mana asalkan melalui faraj isteri. Larangan berjimak dengan isteri yang sedang haid dan melalui dubur.

9. Sekiranya suami sudah mencapai klimaksnya dengan terpancut air maninya, layanilah isteri sehingga berasa puas. Rasulullah s.a.w berkata, “Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak.”

10. Sekiranya ingin mengulangi jimak sebelum mandi hadas, ambillah wuduk di antara dua jimak. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudry bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang antara kamu telah menggauli isterinya, kemudian ingin bersetubuh lagi hendaklah ia berwuduk.”

TEKNIK JIMAK PALING SESUAI

1. Keadaan suami berada di atas dan isterinya sambil berbaring di atas pembaringan yang selesa. Ini menunjukkan kesempurnaan sifat lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Sebagaimana disebut oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya At-Tibuunabawi bahagian jimak. Katanya, teknik berjimak yang terbaik itu bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pulasebagai pakaian bagi mereka.” (Surah Al Baqarah:187) dan firman Allah yang bermaksud, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan…” (Surah An-Nisaa’:34) . Kata Ibnu Qayyim, pakaian yang paling sempurna adalah posisi wanita di bawah di mana ia berfungsi sebagai pakaian bagi lelaki, manakala lelaki di atas sebagai pakaian bagi wanita.

2. Teknik lain yang sesuai dengan tidur mengiring juga disebut sebagai pakaian. Manakala teknik yang tidak baik apabila lelaki menjimak dari bawah. Antara keburukan teknik ini ialah:

a) Air mani lelaki sukar untuk keluar sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan ada yang tersisa lalu menjadi busuk dan menyebabkan penyakit.

b) Berlaku kemasukan cecair daripada faraj wanita ke dalam zakar lelaki. Ia boleh mendatangkan penyakit.

c) Rahim wanita tidak menerima air mani lelaki secara sempurna dan ia boleh menyukarkan untuk mendapatkan anak.

 

PERKARA MAKRUH BERJIMAK

1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.

PERKARA HARAM BERJIMAK

1. Berjimak melalui dubur
- Ia tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.

2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid

-Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT, “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al Baqarah:222).

Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:

1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.

2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.

3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.

4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.

Saya cadangkan anda perbanyakkanlah bacaan tentang hubungan suami isteri sama dari segi hubungan seksual mahu pun hubungan lain seharian yang menyentuh perkara-perkara fizikal dan emosi wanita.

Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

*

*


eight + = 14

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro