Berpuasa Bagi Wanita Hamil dan Menyusu

ibu-hamil-dan-menyusui.jpg

Bulan Ramadan menjelma lagi. Bagi wanita yang mengandung, tentulah mereka mempunyai banyak persoalan sama ada mengandung tidak sesuai berpuasa dan kesannya terhadap kesihatan ibu dan anak.

Sebagaimana yang diketahui, dalam Islam, mereka yang dikecualikan daripada berpuasa semasa bulan Ramadan adalah:

  1. Wanita yang kandungan mereka sudah mencapai trimester ketiga dan akan melahirkan anak bila-bila masa, atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.
  2. Wanita yang menyusukan anak
  3. Wanita yang sedang mengalami kehadiran haid
  4. Wanita yang mengalami nifas

Kesihatan janin semasa ibu mengandung pula boleh dilihat dari dua sudut iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisma badan ibu.

Sebelum anda melaksanakan puasa, berbincang terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal kerana mereka lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan kesihatan anda.

I) Pilihan

Berkemungkinan doktor menasihati anda supaya tidak berpuasa sekiranya anda menghidapi kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga permasalahan dengan sistem pencernaan dan penghadaman, terutamanya sekira anda menghadapi loya-loya dan muntah-muntah semasa awal mengandung.

Prinsip pemakanan yang betul, penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.hamil.jpg

Pola pemakanan anda sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu, anda dan janin yang dikandung. Jangan keterlaluan dalam memakan semasa di bulan Ramadan.

Penting diingatkan supaya meminum air dengan secukupnya, kerana negara kita berada di garisan Khatulistiwa, cuacanya panas sepanjang musim.

Ini dapat menghindar dehidrasi dari berlaku. Anda dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mengancam kesihatan.

Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi).

Berat badan ibu juga mungkin berubah semasa bulan Ramadan bergantung pada jumlah kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa di bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu sekiranya mereka mengambil kalori dan zat makanan yang mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam, hanya makanan tengahari dilupuskan. Pengambilan makanan pagi (sahur) serta malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

II) Amalan pemakanan

Wanita mengandung sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat dari kesalahan amalan pemakanan.

Kebuluran berlaku pantas semasa mengandung. Sekiranya kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisma badan ibu amalan pemakananberubah dari glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukkan bahan bahan ber’ketone’.

Anda dinasihatkan supaya jangan meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisma badan tidak menjejaskan kesihatan anda serta janin.

Pakar Perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mangandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga (terakhir).

Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan juga anda disahkan oleh pakar perbidanan yang puasa mungkin tidak memudaratkan.

Pemantauan anda serta kandungan akan dilakukan dengan lebih kerap. Dikhuatiri permasalahan yang timbul bukan dari segi pemakanan tetapi dari segi dihidrasi (kekeringan air dari badan) akibat dari pengurangan pengambilan air selama 10 hingga 14 jam.

Sekiranya pola pemakanan anda tidak betul, berkemungkinan anda akan mengalami:

  • Ketidakcernaan dan senak perut akibat dari memakan berlebihan, makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas (berkarbonat).
  • Sembelit akibat dari makanan yang diproses, kekurangan pengambilan air serta gentian. Untuk mengelakkannya, banyakkan makanan bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan kanji serta berkarbohidrat dan berlemak.
  • Sakit kepala dari tidur yang tidak mencukupi.
  • Kekejangan otot-otot.
  • Tidur haruslah mencukupi supaya keseimbangan mental serta fizikal berlaku besoknya semasa anda ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kekurangan tidur menyebabkan kekeliruan, bercelaru, masalah pencernaan dan juga sakit kepala, yang turut membahayakan kandungan.

III) Berpuasa

Sekiranya anda berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, anda mungkin mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua:

  1. Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.
  2. Kategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, hilang tumpuan, kekeliruan, mengantuk, hilang timbul kesedaran, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Ibu yang mengandung seboleh-bolehnya perlu mengelakkan dari:

  • Pengambilan gula, garam dan lemak berlebihan. kafein dari kopi khasnya juga perlu dielakkan.
  • Dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan yang segar dan bukannya makanan diproses.
  • Pemakanan rendah tahap garam, kurangkan makanan berminyak.
  • Pastikan buah-buahan serta sayur- sayuran sebagai menu utama makanan puan. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan juga lazimnya sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah berasa kenyang!
  • Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya kuih tanjung, Nekbat, jala mas boleh dimakan (nafsu di bulan ramadan mendorong), tetapi kurangkan, hanya sekadar untuk merasa sudah memadai.

Anda juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik di bulan puasa. Perlu diingat, ramai yang mempunyai kecenderungan untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tetapi, sebagai wanita yang mengandung, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan!

Ia bertujuan untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan anda untuk proses kelahiran kelak.

Bayangkan rahim anda terpaksa mengalami berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi, seperti mana ahli sukan maraton di sukan Olimpik!

Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik untuk 20 hingga 30 minit sehari.

Islam mementingkan kesihatan badan anda! Ramai ulama bersependapat yang berpuasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya anda takut dan khuatir akan kesihatan janin, dan juga sekiranya anda sedang menyusukan anak. Puasa boleh diganti pada hari-hari kemudiannya di bulan-bulan lain.

Bacalah buku-buku mengenai jenis-jenis makanan serta zat-zat mereka. Di bulan Ramadan ini, anda boleh mengubah cara hidangan serta jenis diet-diet yang boleh mengubah gaya pemakanan sekeluarga.

Dan sebaiknya Ibu hamil memutuskan puasanya bila:

  • Ibu hamil muda dengan morning sickness atau mual-muntah saat kehamilannya.
  • Ibu hamil dengan komplikasi lain atau Ibu hamil yang kehamilannya bermasalah, seperti Ibu hamil dengan tekanan darah tinggi, atau kencing manis, atau gangguan pencernaan dll.
  • Percayalah terhadap isyarat tubuh anda, bila anda merasa sangat lelah dan tidak dapat melanjutkkan puasa, pusing, gemetar, mual, dan demam ( ini adalah gejala berkurangnya kadar gula dalam darah anda(hipoglikemia)); dan menyedari bahwa asupan kalori makanan untuk kehamilan anda tak mencukupi, maka Ibu hamil sebaiknya memutuskan yang terbaik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya. Memaksakan berpuasa hanya akan mengganggu perkembangan janin.

Mengenai fidyah dan qadha puasa, berikut pendapat beberapa ulama berkenaan wanita hamil dan menyusu anak:

  1. Jika ia khuatir puasa dapat membahayakan kesihatannya atau kesihatan anaknya, maka boleh tidak berpuasa dan wajib mengqadha di luar Ramadlan tanpa membayar fidyah.
  2. Jika ia khuatir puasa dapat membahayakan kesihatan anaknya saja dan tidak membahayakan dengan kesihatannya sendiri, maka boleh tidak berpuasa dan wajib mengqadhanya. Selain itu, sebaiknya juga membayar fidyah. Ini adalah pendapat Imam Syafi’i. Sementara Imam Hanafi berpendapat harus qadha dan tidak diperbolehkan membayar fidyah saja.
  3. Dalil yang memperbolehkan tidak puasa bagi wanita hamil atau menyusui diqiaskan dengan orang yang sedang sakit dan musafir (orang yang dalam perjalanan). Juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahwasanya Allah memperbolehkan kepada musafir untuk tidak berpuasa, qasar dan jamak solat. Begitu juga bagi orang yang sedang hamil dan menyusui, diperbolehkan tidak berpuasa (H.R. Ahmad dan Ashab al-Sunan dari Anas bin Malik). Justru sebaiknya wanita hamil atau menyusui tidak berpuasa apabila puasa tersebut mengakibatkan terganggunya kesihatan ibu yang sedang hamil dan janin yang dikandungnya.
  4. Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Said bin Jubair (Sahabat) menyatakan diperbolehkannya membayar fidyah saja tanpa harus mengqadhanya. Kerana qadha itu sendiri dibatasi sampai sebelum datangnya Ramadhan berikutnya. Jika sampai tahun berikutnya tetap tidak boleh mengqadha puasa karena menyusui, maka boleh membayar fidyah saja.

WALLAHU ‘ALAM

Rujukan:

  1. Hwaa Irfan. Fasting and pregnancy. http://Futuer.com
  2. Athar Shahid. Health concern for believer contemporary issued. http://islam-usa.com/h8.html
  3. Ranganath Lovely. Pregnancy and fasting during ramadhan. http://womenone.org

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*