Bagaimana Cara Bertawakkal

Merujuk kepada surah At-Talaq (ayat 3) Allah berfirman,

“Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.”

tawakkalUntuk mencapai kecemerlangan, selepas setiap perancangan, usaha dan jihad dilakukan, kita perlulah bertawakal kepada Allah. Dalam kitab Dalilul Falihin dituliskan definisi dari kitab Al-Hikmat yang mendefinisikan tawakal sebagai “yakin sepenuhnya kepada dia yang memberikan jaminan (iaitu Allah).” Imam Abu Uthman Al-Hairi pula mendefinisikan tawakal sebagai “berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepadanya.”

Kita bertawakal kerana secara dasarnya kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah. Usaha yang kita lakukan pun berlaku dengan izinnya. Justeru dalam sebuah hadis oleh Imam Al-Hakim, nabi menggalakkan umat Islam berkata, “Lahaula wala quwwatailla billah.” Ia bermaksud, “Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah.”

Mereka yang bertawakal akan mendapat keuntungan yang besar. Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan.”

Tawakal Dan Usaha

Tawakal memerlukan usaha. Dalam Dalilul Falihin dinukilkan perkataan Imam Qusyairi yang bermaksud,

“Ketahuilah tempat bagi tawakal ialah di hati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang di hati kerana si hamba telah meyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Allah. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Allah demikianlah juga sebaliknya.”

Dalam berusaha hukum sebab musabab tidak boleh dilupakan. Mengikut Bukhari dan Muslim nabi menyimpan untuk keluarga baginda makanan untuk setahun. Dalam konteks yang sama, nabi telah menegur seorang arab badwi yang membiarkan untanya merayau-rayau dengan berkata,

“Ikatlah ia dan kemudian hendaklah kamu bertawakal.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Demikian juga dalam aspek pengubatan. Apabila kita mendapat sakit kita disuruh berubat. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud,

“Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan penyakit dan ubat.”

Imam Al-Ghazali telah merumuskan konsep ini dalam kitab Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Tidaklah mengurangkan tawakal dengan mengunci rumah ketika keluar dari rumah atau ketika menambat unta (kenderaan), kerana kesemua ini dikenali sebagai sunah Allah.”

Adab-Adab Tawakal

Tawakal dan usaha berhubung harta benda mempunyai adab-adabnya. Imam Al-Ghazali menggariskan enam adab dalam kitab Ihya Ulumuddin.

1. Mengunci pintu rumah untuk memelihara harta. Malik bin Dinar mengikat pintu rumahnya dengan tali.

2. Tidak ditinggalkan di dalam rumah benda-benda berharga yang dapat menarik perhatian pencuri untuk mencuri.

3. Ketika keluar dari rumah hendaklah seseorang itu serahkan keselamatan rumah itu kepada Allah dan dia reda dengan ketetapan Allah. Jika berlaku kecurian dia tetap reda dengan Allah.

4. Tidak bergundah gulana jika harta bendanya dicuri. Sebaiknya hendaklah dia bergembira dan berkata, “Jika ada kebaikan pada harta ini pasti ia tidak akan dicuri.” Unta sahabat Abdullah ibn Omar pernah dicuri orang. Beliau mencari unta itu sehingga kepenatan dan akhirnya beliau berkata, “(Unta itu aku serahkan) pada jalan Allah.”

5. Tidak didoakan kemelaratan dan musibah bagi pencuri itu kerana perbuatan itu membatalkan tawakal.

6. Dia berdukacita bagi pencuri itu kerana pencuri itu telah melakukan maksiat dan maksiat mendekatkan seseorang pada azab Allah. Dia bersyukur kepada Allah kerana dia berada di pihak yang teraniaya dan bukan yang menganiaya.

Filed Under: Agama

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTU1LTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6155-150x150.jpg
File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Kelawar Dan Bagaimana Cara Mengawalnya

May 23rd, 2013

Jika kita tinggal di kawasan kampung atau di kawasan yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rum[...]


No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Melabur Dalam Emas Berharga Sekarang Supaya Anda Tidak Dibebani Hutang Di masa Akan Datang! !

Dunia telah berubah!! Kita perlu BERUBAH!! Tiba masanya untuk kita semua melabur dalam logam berharga seperti EMAS seperti mana disaran oleh Islam. Nilai emas tidak...

Close
23 queries in 0.794 seconds.