Kurang Akal, Kurang Agama

wanitaDaripada Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyaklah beristighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

Rasulullah bersabda, “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal adalah penyaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Lain2 Artikel Menarik:

One thought on “Kurang Akal, Kurang Agama

  • 17/02/2013 at 12:49 pm
    Permalink

    X paham maksud hadis diatas. Jadi kalau tidak Ada mereka yg kekurangan akal dan agama maksudnya?
    Klu kita x puasa waktu bulan ramadhan sbb haid maksudnya kita masuk neraka ke?
    Harap kalian yg membaca Dan berilmu boleh menerangkannya?
    Terima kasih~

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*