Hukuman Sebat Cara Islam

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan

Mufti PerakHukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.

Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media “sepatutnya 80 kali sebatan”.

“Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

“Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?” kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap modelKartika Sari Dewi Shukarno sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan.

“Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

“Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang.

“Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

“Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya apabila sebatan dilaksanakan, tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak,” katanya hari ini.

“Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.” [Baca juga: Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

“Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah,” kata presidennya Muhammad Razak Idris.

“Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh.”

Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

“Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan.

“Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula,” katanya kepada Malaysiakini.

“Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan.

“Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

“(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya.”

Bercerita pasal sebat, sila anda perhatikan gambar di bawah ini:

sebat1

PELAKSANA hukuman sebat menjalankan hukuman itu ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah kerana berjudi di halaman Masjid Agung Bireun, Aceh

normal sebat1

Seorang Pegawai Syariah sedang menjalankan hukuman sebat ke atas seorang wanita yang di dapati bersalah tinggal serumah bersama teman lelakinya di hadapan masjid Banda Acheh

Saya baru tahu rupanya sebahagian besar kawasan di Aceh telah menjalankan undang-undang jenayah syariah. Saya terlihat foto di atas ketika membuka web zaharuddin.net. Mula-mula ingatkan hanya demo. Tetapi setelah diselidiki ia memang realiti, bukan olok-olok punya.

Perkara ini telah berjalan lama. Sebenarnya, sejak tahun 2001 lagi, kerajaan Indonesia telah memberikan kebenaran kepada wilayah Aceh untuk menjalankan undang-undang syariah Islam. Cuma saya sedang mencari maklumat tentang sejauhmanakah pelaksanaan undang-undang itu memberikan kesan terhadap pengurangan kadar jenayah dan maksiat di Aceh.

* Artikel ini dipetik daripada http://afais.blogspot.com/2007/03/hudud-vs-pelembagaan-lord-reid.html.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*