Sikap Orang Jepun Yang Patut DiContohi

Bercerita tentang warga Jepun atau orang Jepun, tentu umum mengetahui bahawa kebanyakan mereka bukan beragama Islam. Namun disebalik ketidakislaman mereka itu, terdapat pelbagai etika dan kualiti yang terpuji yang sepatutnya dipelopori oleh orang Islam. Etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji itu seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu mendahului bangsa-bangsa lain di dunia dalam pelbagai ilmu dunia dan akhirat.

Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang.

Jika anda pernah berada di Jepun, setibanya anda di Narita Airport, anda pasti TERKEJUT melihat bagaimana seorang si Penyapu Sampah menolak troli berkejaran daripada satu tong sampah ke tong sampah yang lain semata-mata untuk memungut sampah tersebut. Berbanding pula dengan si Penyapu Sampah di KLIA, Malaysia di mana mereka menolak troli sambil berjalan-jalan, dan adakalanya sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain.

Apakah sifat dan sikap yang terpuji yang membezakan orang Jepun dengan Orang Malaysia khususnya? Berikut adalah rumusannya:

1. SIKAP MENEPATI MASA

Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan saja si orang Jepun yang menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat sikap nihonjin mereka ini terhadap masa.

Jika anda terlewat walaupun seminit, anda boleh ucapkan sayonara (selamat tinggal) .. . dek kerana kereta api tu pun dah merentasi jauh. Shinkazen (bullet train) atau kereta api peluru di Jepun seperti Maglev yang berkelajuan 580 km/j sudah tentu akan meninggalkan anda terlalu jauh!!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa..

2. SIKAP MENJAGA KEBERSIHAN
Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih dan kering bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya terlalu jernih dan boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3. JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana-mana, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oelh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barangan jualan mereka berada di situ tanpa pemantaun pemilik. Pembeli hanya perlu memilih produk yang dikehendakki dan memasukkan sejumlah wang bayaran ke dalam “bekas duit” yang disediakan. Alangkah amannya sekiranya situasi sebegini berlaku di Malaysia!

Pasar terbuka dengan barangan dan senarai harganya berserta "kotak bayaran" untuk pelanggan

4. MEMILIKI BUDAYA KERJA YANG TINGGI

Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun mengamalkan budaya kerja “Samurai Bushido” di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut ialah “pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah”, “berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh”, “jadi dan buatkan yang terbaik”, “mati itu lebih baik daripada mengkhianat atau menghampakan majikan/ketua” .

Faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Toyota dengan Proton, walhal kedua-keduanya mempunyai peralatan dan teknologi yang hampir sama.  Maka tak hairanlah dimana-mana saja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka, produk mereka diiktiraf dunia!

5. SIKAP RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam (bas, keretapi  dsb), sambil menunggu keretapi, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang murni yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

Membaca dalam keretapi

6. CARA YANG SISTEMATIK
Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu sistem yang bersepadu dan sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi di mana hari ini satu pihak gali lubang, dan turap” dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang sama. Alangkah “bodoh dan merugikan!”.

Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula di Jepun amat sistematik. Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah dan  ada item-item tertentu yang wajib diasingkan (bunbetsu). Sistem dan jadual perjalanan densya dan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Di Malaysia ada juga sistem seperti ini tetapi mungkin disebabkan kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang “tidak bersistem” menyebabkan  sistem tersebut gagal dilaksanakan.

7. MENGHORMATI ORANG LAIN
Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai(senior). Begitu juga sikat sopan mereka terhadap pelancung-pelancung asing. Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap “irasshaimase” atau “Selamat Datang”, hatta jika ada pekerja yang sedang  bekerja mengemop lantai sekali pun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk menghormati pelanggan.  Dan bila keluar pula akan diucap “arigato gozaimasu” atau terima kasih. Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama mengujungi Jepun.

Menghormati ketua adalah sikap yang diamalkan di Jepun

Akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam. Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulangi kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*