Sekilas Info Tentang Keputusan SPM 2010

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan semalam, iaitu Rabu, 23 hb Mac 2011. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan, adik-adik mahupun anak-anak kita yang terlibat dalam SPM tahun lepas sudah ternanti-nanti untuk mengetahui keputusan masing-masing setelah bertungkus lumus membeuat persediaan sebaik mungkin. Tidak kurang juga yang mengambil ini secara sambil lewa berikutan dengan sifat kurang minat terhadap pelajaran. Namun hakikatnya keputusan tetap juga muncul.

Hasil analisa daripada keputusan SPM 2010, seramai 368,559 mendapat sijil, dengan 9,239 memperolehi gred cemerlang SPM.

Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Semakan keputusan SPM 2010 melalui SMS

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

 

Sekolah-sekolah Cemerlang SPM 2010

Seperti biasa, saban tahun setelah analisa dibuat, senarai sekolah terbaik akan dipaparkan di dada-dada akhbar dan juga laman-laman web yang mengikut perkembangan semasa.

Sudah pasti sekolah-sekolah cemerlang SPM setiap tahun dibolot oleh sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab-maktab Sains MARA (MRSM), di samping sekolah-sekolah Kebangsaan Agama tertentu.

 

Keputusan SPM 2010 - Sek. Men. Sains Tuanku Munawir, Seremban

Pada tahun ini Sekolah Menengah Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan jatuh kepada Sekolah Men. Sains Tuanku Munawir, Seremban, N. Sembilan (sebelum ini dikenali sebagai Sek. Men. Sains Seremban) dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 0.89 (tahun 2009 – 0.97 ).

Senarai SBP terbaik masih belum diketahui sepenuhnya. Namun daripada hasil bualan dengan rakan-rakan terdekat, berikut adalah senarai 3 sekolah SBP yang terbaik SPM 2010 (senarai lengkap akan dikemaskini di sini apabila ianya diterima drp sumber)

BIL NAMA SEKOLAH GPS
1SM SAINS TUANKU MUNAWIR0.8931
2SBP INTEGRASI GOMBAK1.1425
3KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH1.145
4SM SAINS ALAM SHAH1.2403
5SEKOLAH TUN FATIMAH1.2837
6SBP INTEGRASI RAWANG1.3408
7SM SAINS KUALA TERENGGANU1.3638
8SM SAINS SERI PUTERI1.4223
9SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA1.4415
10SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH1.5026
11SM SAINS SULTAN ISKANDAR1.5322
12SM SAINS MUAR1.5361
13SBP INTEGRASI JEMPOL1.5429
14SM SAINS KUALA SELANGOR1.5612
15SBP INTEGRASI SABAK BERNAM1.6081
16KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR1.6381
17SM SAINS HULU SELANGOR1.6907
18SBP INTEGRASI TEMERLOH1.7073
19SM SAINS MUZAFFAR SYAH1.7079
20SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK1.7158

 

keputusan spm 2010 mrsm pengkalan chepa

Pada tahun ini, MRSM terbaik jatuh kepada MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dengan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 0.8291 dengan 7 subjek mendapat 100% A.

Ranking Keputusan SPM 2010 bagi MRSM untuk Nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang dari 1.75 iaitu Cemerlang adalah seperti berikut:

  1. MRSM Pengkalan Chepa dengan GPS = 0.83
  2. MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka dengan GPS = 0.91
  3. MRSM Taiping dengan GPS = 0.97
  4. MRSM Langkawi dengan GPS = 1.33
  5. MRSM Kuala Kubu Baharu dengan GPS = 1.68
  6. MRSM Kubang Pasu dengan GPS = 1.73
  7. MRSM Kuala Berang dengan GPS = 1.73

Apa-apa pun tahniah kepada semua pelajar yang berjaya!! Juga sekalung penghargaan juga diberi kepada ke dua-dua ibubapa yang juga berusaha dengan memberi sokongan dan semangat untuk anak-anak tersayang. Yang gagal, jangan berputus asa kerana ini hanyalah permulaan kepada kehidupan sahaja. Banyak perkara yang masih boleh diperbaiki dan jalan kita masih lagi terbuka dengan semangat, usaha yang gigih dan tawakkal kita kepada Allah SWT.

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*