Kenapa Islam Benarkan Poligami?

Adakah Islam sahaja satu-satunya agama yang membenarkan umatnya untuk mempunyai lebih daripada isteri? Bagaimana dengan agama-agama lain di dunia ini? Tidakkah ada di kalangan umat anutan agama lain tidak berpoligami? Apakah poligami itu sebenarnya menjatuhkan martabat seorang wanita? Mengapakah Islam dikata zalim apabila membenarkan umatnya berpoligami? Itulah soalan-soalan yang sering diajukan oleh masyarakat samada masyarakat Islam sendiri mahupun masyarakat bukan Islam amnya.

 

Terkadang apabila mendengar yang mengatakan Islam membenarkan umatnya berpoligami, seolah-olah menggambarkan bahawa agama Islam itu zalim terhadap wanita dan wanita seolah-olah dianggap umat kelas ke-2 dalam Islam. Apakah ini benar? Mari kita telusuri fakta dan hikmat mengapa Islam membenarkan poligami.

Fakta Menarik Tentang Poligami

Poligami dan Masyarakat/Agama Lain

poligami juga berlaku dalam masyarakat atau agama lain
poligami juga berlaku dalam masyarakat atau agama lain

Sebenarnya, isu poligami ini tidak hanya berlaku dalam agama Islam
sahaja. Dalam agama lain juga ianya berleluasa namun tidak disentuh menjadi isu seperti agama Islam. Misalnya, dalam masyarakat Zulu di Afrika, isu poligami ini banyak berlaku. Malah ada kes di mana satu perkahwinan itu berlaku dengan perkahwinan pihak lelaki dengan 4 orang isterinya sekaligus dalam satu masa.

 

 

Poligami Bukannya Dimulakan Oleh Islam

1. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami, poligami telah wujud sejak zaman azali lagi seperti dilaporkan dalam Bible, Yajurveda dan tamadun-tamadun awal. Islam hanya menghadkan poligami maksimum hanya empat sahaja sedangkan agama dan tamadun lain tidak pernah menghadkannya.

Abraham mempunyai tiga isteri, Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, David mempunyai 99 isteri dilaporkan dalam Bible, manakala Krisna mempunyai 16108 isteri tetapi tak pernah disentuh atau jadi isu tetapi islam menghadkan kepada empat sahaja tiba-tiba jadi isu.

Sila rujuk Bible:

Maka Sarai memberikan Hagar kepada Abraham untuk dijadiakn isterinya (Act 16;3).

Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan bernama Ketura (Act 25;1).

Raja Solomon berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyai tiga ratus orang gundik (King 11;3).

Apakah bukti-bukti ini nyata menunjukkan Islam bukannya agama yang mempelopori poligami. Tetapi ianya seolah-olah tertutup apabila berbicara tentang agama Kristian. Yang nyata, hanya Islam dikatakan pemangkin dan pelopor poligami sejagat.

 

Poligami Dalam Islam

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”

(An-Nisa’ 4;).

 

Dan lagi, Firman Allah s.w.t.:

“Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri kamu, sekalipun kamu berusaha untuk berlaku adil.” (an-Nisa: 129)

Terang dan jelas sekali dengan ayat di atas bahawa Islam mengutamakan keadilan dalam skop poligami dan bukannya menggalakkan poligami itu sendiri. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya, maka memiliki satu isteri adalah jalan yang terbaik.

Dan jika berpandukan ayat yang seterusnya itu (an-Nisa: 129), jelas sekali Allah sangat tidak menggalakkan “poligami” kerana Dia sudah tahu yang kita ini tidak mampu berlaku adil.

Secara statistiknya, tidak sampai 10% pun lelaki islam yang berpoligami. Dan sekiranya seseorang suami itu faham bahawa perkahwinannya bukan bersifat nafsu semata-mata, dan berlandaskan lunas-lunas Islam, sudah tentu dia mampu membentuk satu keluarga poligami yang terbaik.

Oleh itu tidak hairan bila kita lihat kebanyakan suami yang berpoligami terutama yang berkahwin 4, tiada masalah dalam rumahtangga mereka, malah mereka sebenarnya bahagia dengan kelurga dan anak-anak masing-masing.  Yang menjadi masalah ialah yang berkahwin dua, yang timbul porak peranda, permusuhan antara dua isteri dan sebagainya. Ini mungkin disebabkan ketidakfahaman tentang ketulusan Islam membenarkan poligami dan salah satu pihak samaada suami atau isteri tidak memahami secara terperinci tentang dasar Islam yang sebenarnya.

Kenapa Islam Benarkan Poligami

1. Ada sesetengah lelaki mempunyai kemahuan seksual yang cukup tinggi, seorang isteri tidak dapat melayan kemahuan seksual suami. Dengan membenarkan seseorang suami berkahwin lebih sebenarnya memberi jalan kepada suami memiliki cara yang sah untuk melepaskan tuntutan seksualnya. Tetapi mereka harus faham tentang tanggunjawab mereka sebagai suami terhadap isteri-isteri mereka. Penyelesaian sebegini sudah tentu mampu mengelakkan seorang suami itu daripada memiliki wanita simpanan atau meniduri pelacur semata-mata untuk memenuhi kehendak seksual mereka.
Hadirnya orang ke-3 secara tidak sah boleh mengganggu kewibawaan, ketenteraman dan perkembangan psikologi suami tersebut  dan apatah lagi sekiranya ia membabitkan kualiti kerjaya si suami atau pun si wanita terbabit.

Melarang lelaki daripada melakukan hubungan seksual adalah mustahil, bukan semua lelaki dapat mengawal nafus seksual dengan baik, contohnya Tiger Wood yang dianggap seorang suami dan ayah yang penyayang dan setia kepada pasangan tetapi yang berlaku adalah menggemparkan dunia, bahkan telah menghancurkan kerjayanya sebagai pemain Golf profesional yang sebelum ini dianggap sebagai hero. Mungkin kalau Tiger Wood mengamalkan poligami adakah skandal tersebut akan berlaku? Mungkin natijahnya terjadi sebaliknya.
2. Dalam dunia sekarang, bilangan perempuan telah melebihi lelaki. Sudah pasti senario ini tidak memungkinkan seseorang wanita itu memiliki suami jika sekiranya poligami tidak dibenarkan. Ini kerana wanita juga, sama seperti kaum lelaki, mempunyai tuntutan nafsu seksual yang perlu disalurkan dengan cara yang sah di sisi agama. Jika agama itu tidak membenarkan poligami, di manakah wanita-wanita ini mahu bergantung dalam memenuhi kehendak seksual mereka. Adakah dengan menjadi wanita-wanita simpanan seperti di negara-negara barat? Sudah tentu, ianya lebih meruntuhkan satu institusi kekeluargaan yang sepatutnya disemai dan dipelihara agar ianya menjadi satu komuniti yang berjiwa manusia dan dibajai dengan sifat-sifat tanggunjawab.
Dengan kata lain, dengan membenarkan poligami, Islam telah memberi satu penyelesaian hakiki kepada masalah ini.
3. Dalam Islam, perkahwinan bukan semata-mata kerana kemahuan seksual, kadangkala perkahwinan itu berlaku lebih kepada kewajiban dan kebajikan seorang suami menjadi tonggak dan “support” kepada emosi seorang isteri. Ini berlaku di zaman Rasulullah, di mana baginda sendiri menjadi suami kepada balu rakan-rakan baginda.

Sebagai contoh Rasulullah hanya ada seorang isteri iaitu Siti Khadijah hinggalah Siti Khadijah meninggal dunia. Siti Khadijah dan anak-anak dapat perhatian sepenuhnya daripada Rasullulah. Di akhir 13 tahun hayat Rasullulah, baginda mengahwini balu rakan-rakannya yang meninggalkan ramai anak. Dan menurut surah an Nisaa’ (ayat 3), menyediakan atau memberi ayah atau mewujudkan father figure kepada anak yatim adalah satu-satu sebab yang khusus dalam al-Quran mengapa Islam benarkan poligami

Contoh yang ditunjukkan Rasullulah memberitahu kita bahawa seorang lelaki dan suami mesti memberikan sepenuh perhatian dan kesetiaan terhadap perkahwinan mereka dan kepada isteri dan anak anak, supaya dapat membina keluarga bahagia. Jika anda lelaki mengguna alasan ikut sunnah Nabi untuk berkahwin, kenapa contoh ini tidak diikuti?

Senario yang sama juga berlaku sekarang ini. Kita lihat ramai ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk menyara anak-anak mereka setelah kematian suami. Mampukah seorang wanita menyara anak-anaknya secara bersendirian? Mampukah Islam menangani isu sebegini. Jawabnya sudah tentu! Kerana jika ada seorang suami yang bertanggung jawab dan ada seorang isteri yang memahami tanggungjawab itu, sudah tentu isu ini dapat diselesaikan.
4. Bagi pasangan berkahwin sampai berpuluh tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas dibuat pemeriksaan doktor, didapati suami mampu memiliki anak jika berkahwin dengan wanita lain. Walhal dalam dalam hati ke dua-dua suami isteri masih tersemai rasa kasih sayang yang jitu, cuma tidak memperolehi anak yang diinginkan.
Apakah suami tidak berhak untuk mempunyai anak? Dan jika ditakdirkan suami itu berkahwin seorang lagi, tidakkah isteri dia yang dikasihinya boleh berkongsi kebahagiaan dan keseronokan memiliki seorang anak. Penyelesaian poligami yang ditetapkan oleh Islam sudah pasti menyediakan jalan penyelesian sebaik mungkin.
5. Sekiranya isteri lumpuh seluruh badan dan suami masih muda lagi sehingga keinginan seksual masih tinggi, nak melakukan hubungan seksual dengan isteri lumpuh adalah satu kezaliman. Adakah lelaki harus mempunyai perempuan simpanan atau melanggan pelacur? Apa penyelesaian yang diberikan agama lain? Islam membenarkan suami berkahwin lagi, suami boleh memilih isteri kedua yang sanggup menjaga suami, anak dan isteri pertama. Maka akan terbina satu keluarga bahagia dan sejahtera sekiranya suami isteri melaksanakan perkahwinan mengikut panduan yang diajarkan islam.
Wallahu a’lam.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Kenapa Islam Benarkan Poligami?

  • 14/08/2012 at 3:48 pm
    Permalink

    Apa yang perlu saudara buat adalah tanya iman dan diri anda, adakah anda dapat menjaga kedua kelaurga anda dengan adil seperti disyaratkan oleh islam
    Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa’ 4;).
    Maka tinggalkan perempuan tersebut dengan baik-baik, anda masih mempunyai berpatah balik selagi belum berkahwin. Jika sudah kahwin dan tak dapat berlaku adil maka keluarga anda akan menjadi mangsa dan anda akan menyesal kemudian tidak ada maknanya

    Reply
  • 06/09/2011 at 5:51 pm
    Permalink

    saya ni dah kahwin 21 tahun. anak 4 orang, berumur 21, 18, 16 dan 11.
    Famili ok, xde masaalah.
    Cuma, saya ni gatal dok tackle pompuan di luar sana. Sekarang ni dah sangkut dengan seorang janda berhias. Pernah kahwin selama 6 tahun dan bercerai. sekarang umur saya 46 tahun dan dia 37. saya dah sayangkan dia.
    Tak sanggup berpisah ngan dia.

    Apa perlu saya buat bila berhadapan dengan emak dia. saya tahu salah saya. saya yang cari penyakit ni….

    Sorry kalau saya mintak jasa baik untuk bantu saya selesaikan masaalah ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*