Salamfone – Penyedia Telefon Mudah Alih Mengikut Syariah

Kini, penyedia perkhidmatan Telefon Mudah Alih bertambah satu lagi. Setelah kehadiran penyedia perkhidmatan yang sama misi seperti UMobile dan TuneTalk, kini hadir pula satu opsyen yang dilabelkan sebagai syarikat penyedia khidmat pra-bayar yang berlandaskan syariah Islam dengan jenama Salamfone oleh Salamfone Sdn. Bhd..

Diharap apa yang ingin dimulakan oleh Salamfone akan berkekalan. Dan pada saya ianya amat wajar sekali sekiranya tujuan dan niat yang ikhlas daripada pihak penyedia rangkaian ini mensasarkan golongan orang Islam sebagai penggunanya.

Apa tidaknya, jika benar apa yang diwar-warkan dan dijanjikan itu iaitu dengan meng”infaqkan” 1 sen daripada setiap panggilan pelanggan Salamfone ke Salamfone yang lain, sudah pasti ianya bakal menyediakan satu dana untuk umat Islam di Malaysia sekiranya ramai penggunanya.

Buat masa ini, Salamfone hanya memperkenalkan perkhidmatan mereka di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan terkini Lembah Klang.

SalamFone mensasarkan pengguna berusia diantara 19 hingga 55 tahun, dimana melalui talian mereka, mereka mengharamkan beberapa perkara yang bertentangan dengan syariat Islam seperti mengharamkan penghantaran/penerimaan gambar lucah melalui talian mereka.

SalamFone dijangka akan diperkenalkan diseluruh Malaysia secara berperingkat. Buat masa ini, mereka menggunakan pangkalan 010 6XXX XXX, dimana para pengguna boleh mendapatkan pek permulaan prabayar pada harga cuma RM8.50 sahaja. Kadar yang ditetapkan oleh SalamFone ialah caj sebanyak 25 sen seminit untuk panggilan (1 sen akan di infaq), serta 10 sen untuk satu SMS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim, perkhidmatan itu dijangka menerima sambutan menggalakkan apabila rangkaian perkhidmatan diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Syabas diucapkan kepada Salamfone!! Semoga niat ikhlas pihak Salamfone menjadi realiti di samping perniagaan itu sendiri.

Anda boleh mengunjungi laman web Salamfone di www.salamfone.com (masih dalam pembinaan) dan juga Fanpage Salamfone di Facebook pada pautan berikut http://www.facebook.com/pages/Salamfone/158430087545661

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Salamfone – Penyedia Telefon Mudah Alih Mengikut Syariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*