Fakta Menarik Tentang Telur Ayam Tiruan

Heboh satu negara pasal telur tiruan! Jika tidak kerana satu kes di mana telur tiruan berjaya dirampas dan didedahkan kepada umum, sudah tentu sampai sekarang kita rakyat biasa tak tahu adanya sindiket telur tiruan ni. Ingatkan barangan elektronik aje yang boleh diciplak, rupa-rupanya makanan macam telur pun boleh diciplak juga.

Jika isu ini tidak dihebahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sudah tentu kita mungkin antara yang menjadi mangsa keadaan ini. Hebat sungguh manusia!! Ini tak kira lagi betapa hebatnya maha Pencipta!!! Dengan kos jualan yang separuh harga lebih murah daripada telur asli (kos untuk membuatnya adalah 1/10 drp harga telur asli), sudah tentu ianya menarik minat ramai penjual untuk menjualnya kepada umum tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa si penggunanya.

Sejarah Telur Tiruan

Bila saya cek-cek kat Google, dengan menggunakan kata carian “fake eggs”, “artificial eggs”, “counterfeit chicken eggs” atau “imitation eggs”, rupa-rupanya telur tiruan ni dalam lama dalam pembikinan – iaitu sejak tahun 2007 lagi di bandar Zhengzhou, Wilayah Henan, China. Malah mengikut sumber lain, foto telur tiruan ini mula terbit di blog seawal bulan Disember 2004 seperti yang tercatat dalam laman web XinHuaNet.com. Berikut adalah artikel yang saya googletranslatekan drp laman berkenaan.

 

“This is the Dec. 27 shooting of the “artificial eggs” (left) and eggs. A few days ago, a public street vendors Handan bought the “egg”, to go home and found the whole protein and egg yolk mix, no eggs fried flavor, cooked too hard. That after examination by the relevant departments of the Dan Pi is made of calcium carbonate, protein and egg yolk by the starch, resin, gelatin and some other synthetic chemicals. Xinhua News Agency (Wang Jiuzhong photo) ”

telur tiruan dari china seawal 2004
Foto telur tiruan ini muncul di laman xinhuanet.com seawal Dis 2004


 

Sebenarnya timbulnya telur tiruan ini dikaitkan dengan kenaikan harga barang makanan yang mendadak di China seperti yang diwartakan oleh akhbar utama Korea, Chosun Ilbo. Disebabkan kos pembuatannya hanya 1/10 harga telur ayam asli, ianya menjadi satu bisnes yang mendapat sambutan yang baik di China. Dong-A Ilbo, salah satu akhbar Korea lain, telah menerbitkan sebuah laporan berjudul “Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran” pada 14 Ogos 2007. Hanya negara kita saja yang baru mengetahui hal ini pada tahun ini.

 

Bagaimana Telur Tiruan Ini Dibuat

Sebenarnya bagaimana nak buat telur tiruan telah pun disiarkan di laman web the Consumerist pada 4 hb May, 2007 lagi. Online. Telur tiruan ini sebenarnya dibuat menggunakan 100% bahan kimia tanpa penggunaan bahan asli semula jadi sedikit pun. Sumber-sumber utamanya ialah kalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Contoh telur tiruan bersebelahan telur asli

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

bahan-bahan untuk buat telur tiruan
Bahan-bahan utk buat telur tiruan

“Putih telur” dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit untuk membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

bahan telur kuning untuk telur tiruan
Acuan, bahan telur kuning dan putih untuk proses pembuatannya
Cairan telur kuning dimasukkan ke dalam acuannya
Cairan kuning telur dimasukkan ke dalam acuannya

“’Kuning telur’ dibuat dengan menyekop suatu cairan dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida. Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat daripada kalsium karbonat.

Lapisan telur kuning telur tiruan
Lapisan kuning telur terbentuk setelah melalui proses acuan

“Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.

 

lapisan luar dibentuk untuk telur tiruan
Lapisan luar berwarna putih dibentuk menggunakan parafin dan kalsium karbonat. Proses ini diulang beberapa kali sehingga ianya menebal dan membentuk lapisan luar
telur tiruan terbentuk dengan lapisan luar siap
Contoh lapisan luar yang siap terbentuk untuk telur tiruan

Bagaimana Nak Kenal Yang Asli Dengan Yang Tiruan

Bukan susah untuk membezakan telur tiruan dengan yang asli. Berikut adalah fakta dan cara bezakan telur asli dengan yang  tiruan.

  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur tiruan menggelembung apabila digoreng
Telur tiruan menggelembung apabila digoreng

 

Pendedahan Tentang Telur Tiruan Di Internet

Berikut adalah pendedahan FujiTV tentang proses pembuatan telur tiruan yang saya perolehi daripada YouTube:

[vsw id=”T55tz4qwFMo” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*