Hentikan Perkhidmatan Uber dan GrabCar

SHAH ALAM, Rabu – Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Shah Alam hari ini meminta kerajaan menghentikan sementara perkhidmatan pengangkutan dalam talian Uber dan GrabCar bagi memulihkan semula industri teksi di negara ini.

Setiausahanya, Razali Sahran berkata langkah itu juga perlu supaya kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian dalam menangani lambakan perkhidmatan pengangkutan itu yang turut didakwa telah menjejaskan pendapatan 1,000 pemandu teksi di bandar raya ini.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya menyusun beberapa program termasuk mempromosikan perkhidmatan teksi bagi meningkatkan semula industri teksi negara.

Baru-baru ini sekumpulan pemandu teksi melakukan mogok di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Berikutan itu, kerajaan sedang mempercepatkan usaha merangka mekanisme terbaik bagi membolehkan perkhidmatan Uber dan GrabCar beroperasi pada platform yang sama dengan perkhidmatan teksi biasa.  – Bernama

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*