Hutang Kereta Buat Rakyat Malaysia Bangkrap

Seperti mana yang semua tahu, rakyat Malaysia memang suka kereta. Walau pun harga kereta naik, tapi mesti ada juga yang membelinya. Tak kiralah ada yang merungut ekoran kos taraf hidup yang meningkat, nafsu untuk memiliki kenderaan baharu adakalanya sukar untuk ditolak. Tetapi tahukah anda, satu daripada empat kes bangkrap di Malaysia dilaporkan adalah berpunca daripada pembelian kenderaan.  Yang pasti, hutang kereta buat rakyat Malaysia Bangkrap.

Laporan The Sun menyebut antara 2011 dan 2015, sebanyak 27.94% atau 28,374 kes bangkrap dicatatkan di negara ini adalah berpunca daripada pembelian kenderaan. Sumber laporan ini adalah daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, yang mendedahkan antara punca utama kes bangkrap di negara ini.

Pinjaman perumahan pula menduduki carta kedua iaitu dengan 21,697 kes iaitu 21.36% daripada keseluruhan kes bangkrap, diikuti dengan pinjaman peribadi (20,727 kes atau 20.41%) dan pinjaman perniagaan (11,899 kes atau 11.71%). Jabatan tersebut memberitahu pihak mereka telah mengendalikan sejumlah 101,537 kes sepanjang 2011 hingga 2015.

Mengikut statistik, majoriti kes adalah dari Selangor (29,421 kes), diikuti dengan Kuala Lumpur (14,479) dan Johor Baharu (14,064). Manakala Perlis berada di senarai paling bawah kes bangkrap ini dalam tempoh lima tahun iaitu hanya 343 kes direkodkan.

Dari segi umur pula, individu berusia antara 35 dan 44 tahun menguasai 35.24% daripada keseluruhan kes sepanjang tempoh itu, sementara usia antara 25 dan 34 tahun pula sebanyak 22.52%. Laporan ini turut menyebut peningkatan kes dari tahun 2011 (19,167) hingga 2014 (22,351 kes), dan ia menurun pada tahun 2015 dengan 18,547 kes yang direkodkan.

Adakah anda merasakan sikap obsesi sesetengah individu untuk memiliki kenderaan baharu biar pun sebenarnya kurang berkemampuan mendorong mereka untuk ‘rela’ diisytihar bangkrap? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*