Siapakah Bakal Menteri Besar Terengganu Yang Baru?

Desas-desus isu perlantikan Menteri Besar baru untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman hampir sampai ke kemuncaknya. Semalam Perdana Menteri ada membuat makluman mengenai beliau yang akan mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan menteri besar Terengganu.

Datuk Seri Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat andaian kerana pentadbiran negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa, lapor Bernama.

“Saya dijadual menghadap sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan,” beliau dilaporkan berkata kepada pemberita di sini.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.
Desas-desus mengatakan bakal Menteri Besar Terengganu yang baru ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee. Berikut adalah biodata beliau:

 

Biodata Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee
dato' haji mohd jidin shafeeMerupakan Adun Permaisuri Setiu, Terengganu. Beliau dilahirkan pada 4 April, 1955, di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama To’ Puan Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata

Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains ( Biologi ) yang diambil ketika belajar di Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Negeri Terengganu pada tahun 2008.

Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka ( D.M.S.M ) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA (ABFM) Malaysia 2007.

Selamat Bertugas MB Baru!! Jika berita yang bertiup ini benar….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*