Virus Zika Telah Menular ke 66 Buah Negara

Virus Zika yang dibawa oleh nyamuk telah menular ke 66 negara dalam sembilan tahun terakhir, mengikut sebuah laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada hari Khamis (21 hb April).

“Dari 1 Januari 2007 hingga 20 April 2016, penularan virus Zika telah tercatat di 66 negara dan wilayah,” kata WHO.

Sebulan lepas WHO mengatakan, virus Zika telah merebak ke 64 negara. WHO menyatakan keadaan darurat kesihatan antarabangsa oleh wabak tersebut pada tarikh 1 Februari lepas.

Sebanyak 8 buah negara di Amerika Latin, Amerika Syarikat, dan Eropah telah melaporkan bukti penularan, lapor Sputnik News (21/4/2016).

Zika, yang disebarkan oleh nyamuk Aedes Aegypti yang umum berada di daerah tropik Amerika, mempengaruhi bayi yang baru lahir yang berjangkit daripada ibu mereka. Konsensus ilmiah yang kuat mengaitkan Zika dengan gangguan neurologis termasuk sindrom Guillain-Barre dan mikrosefalia.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*