Bajet 2010 dan Kesannya Secara Holistik | Sumber Info dan Panduan Percuma

Bajet 2010 dan Kesannya Secara Holistik

Bajet fokus pertingkat pendapatan boleh guna, taraf hidup penduduk

bajet2010KUALA LUMPUR: Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak semalam, memanfaatkan setiap masyarakat dengan tumpuan kepada meningkatkan pendapatan boleh guna dan mutu hidup rakyat serta menggerakkan semula sektor swasta sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.

Bajet yang menjadi asas pembentukan model ekonomi baru negara dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu, turut menumpu kepada membangunkan modal insan berkemahiran tinggi serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

Bertemakan ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’, bajet dengan peruntukan RM191.5 bilion itu berteraskan tiga strategi, iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi; memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Walaupun 11.2 peratus lebih kecil berbanding RM215.7 bilion dalam Bajet 2009, langkah dan insentif diumumkan Perdana Menteri dalam bajet sulungnya itu adalah menyeluruh dan memastikan setiap ringgit dibelanjakan memberi impak paling maksimum.

Bagi mensejahterakan rakyat, tumpuan adalah kepada meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat serta membasmi kemiskinan tegar; meningkatkan kemudahan perumahan, prasarana, mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta keselamatan rakyat.

Bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, insentif yang disediakan meliputi semua golongan dengan tumpuan menghapuskan kemiskinan tegar.

Najib antara lain mengumumkan penyediaan latihan kemahiran dan program penjanaan pendapatan untuk 50,000 isi rumah miskin tegar, di samping pelbagai program membantu golongan miskin di luar bandar, termasuk peruntukan RM180 juta bagi Program Pembasmian Kemiskinan dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan program pembinaan kedai desa dengan peruntukan awal RM30 juta untuk memberi peluang penduduk luar bandar berniaga.

Sebanyak RM48 juta pula disediakan bagi program pembasmian kemiskinan bandar, di samping meluaskan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan yang ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bagi meliputi membasmi kemiskinan bandar seluruh negara.

Bagi golongan berpendapatan sederhana, Najib antara lain mengumumkan penurunan kadar maksimum cukai pendapatan individu kepada 26 peratus daripada 27 peratus serta menaikkan pelepasan diri kepada RM9,000 daripada RM8,000.

Beliau turut mengumumkan penerbitan Sukuk 1Malaysia dengan saiz RM3 bilion bagi memberi peluang rakyat berusia 21 tahun ke atas meraih pendapatan pelaburan berdaya saing, serta menubuhkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia untuk simpanan persaraan golongan bekerja sendiri.

Najib juga mengumumkan bayaran khas RM500 yang sebelum ini diberikan kepada kumpulan sokongan, dipanjangkan kepada kakitangan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib.

Ke arah mencapai pembangunan holistik dan mapan, beliau menggariskan langkah dan insentif yang berteraskan usaha meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi; meluaskan akses kepada pendidikan tinggi; menjaga kebajikan pelajar; menggilap kemahiran tenaga kerja dan memperkasa institusi pengajian tinggi.

Teras lain ialah memantapkan sistem perbankan dan kewangan; mencergaskan pasaran saham, memajukan lagi sistem kewangan Islam; memerangi rasuah serta meningkatkan kecekapan pengurusan kerajaan.

Bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, langkah dan insentif yang disediakan adalah berteraskan usaha meningkatkan pelaburan swasta; mempergiatkan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan serta memanfaatkan bidang kekuatan negara.

Ia juga ditumpukan kepada memajukan sektor pertanian; menggalakkan industri pembinaan; memperkasa perusahaan kecil dan sederhana; membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Najib turut mengumumkan kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak, awal tahun depan yang mesra rakyat mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada bagi memastikan hanya golongan memerlukan menikmatinya.

Perdana Menteri berkata, daripada peruntukan Bajet 2010 itu, RM138.3 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion bagi pembangunan.

Katanya, bagi pembangunan, RM25.4 bilion ringgit adalah untuk infrastruktur, perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar; RM20.3 bilion bagi pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat; RM3.7 bilion bagi keselamatan; RM1.8 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Najib berkata, hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2010 dianggarkan merosot 8.4 peratus kepada RM148.4 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2009.

“Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan itu, defisit bagi 2010 dijangka menurun kepada 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDMK), daripada 7.4 peratus pada 2009.

“Ini mencerminkan dasar perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan mengutamakan ‘nilai untuk wang’,” tegasnya.

Beliau turut mengumumkan kajian semula unjuran prestasi ekonomi negara tahun ini kepada hanya penyusutan tiga peratus dan pertumbuhan antara dua hingga tiga peratus tahun depan.

Inti pati Bajet 2010

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.

Anda boleh membaca teks sepenuhnya pada link di bawah:

Teks penuh Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri

Sumber* – Berita Harian

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*