Semakan Kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2010

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini.

Kementerian Pelajaran menawarkan 4,500 tempat ke Tingkatan Empat di SBP tahun ini.

Semakan Permohonan

e-Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2010 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2010.
  • Rayuan boleh dibuat mulai 15 Januari sehingga 8 Februari ini.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Pendaftaran Pelajar Baru

  • Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 2 Februari 2010.

Sebanyak 46,318 permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2010 telah diterima oleh Kementerian Pelajaran, ini termasuk permohonan daripada 28,188 pelajar yang mencapai keputusan semua A dalam PMR tahun lepas.

Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*