Khasiat Lobak Merah-Lobak Putih

khasiat lobak merah lobak putih

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, kalsium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxin dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Related posts

*

*


+ one = 6

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Siapa itu Nailah?

NAILAH binti Farafisyah adalah isteri Uthman bin Affan, Khalifah ketiga empayar Islam selepas kematian Nabi Muhammad. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah sebelum...

Close