Sejarah Penggunaan Tumbuhan Dalam Ubatan Tradisional

perubatan tradisional chinaSejarah Islam telah membuktikan hasil daripada pengkajian dari al-Quran ramai ahli sains telah menemui banyak kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan. Contohnya Al-Riyasi Ibnu Jarit, seorang berketerunan Mesir dan tabib kepada Sultan Salahuddin al-Ayubi telah menulis buku mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Baitar dari Malaga pula telah menulis dua buku yang terkemuka berkaitan dengan tumbuhan ubatan bertajuk al-Mughinifi al-adawiyah al-Mufradah (Herba-herba Perubatan) dan al-Jami’fi al-Adwiyah al Mufradah (Pengutipan Herba-herba Perubatan dan Sifat-sifatnya).

Menurut sejarah perubatan, rekod terawal penggunaan perubatan herba adalah minyak dari tumbuhan Hydnocarpus gaertn yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kusta . Kegunaan minyak dari tumbuhan tersebut telah direkodkan semasa Emperor Shen Nung di China dalam tahun 2730 dan 3000 S.M. Biji pokok popi  (Papaver somniferum) dan biji pokok jarak (Ricinus communis) telah digunakan dalam zaman Mesir purba. Kajian dan laporan sistematik terhadap penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan telah pertama sekali dilakukan oleh Hippocrates yang dikenali sebagai bapa perubatan sekitar tahun 400 S.M.  Materia medica beliau telah menyenaraikan resipi untuk merawat sebanyak 400 jenis penyakit dengan menggunakan tumbuhan . Theophrastus (sekitar 300 S.M.) telah mengumpulkan maklumat sistematik bagi berbagai-bagai jenis tumbuhan manakala Dioscorides (T.M. 160) dan ( T.M. 200) telah menerbitkan banyak makalah mengenai penggunaan tumbuhan sebagai sumber ubatan. Penggunaan tumbuhan sebagai punca ubatan terus berkembang maju di serata dunia dan sehingga sekarang manusia masih bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber ubatan.

Penggunaan ubatan tradisional di Asia terutamanya India, China, Korea, Filipina , Indonesia dan Thailand amat pesat. Sebagai contoh ekstrak ginseng dari Korea dan Jamu dari Indonesia telah dipasarkan dan digunakan secara meluas.  Kajian-kajian mengenai tumbuhan berubat di Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Rekod terawal penggunaan tumbuhan berubat di Malaysia telah di tulis oleh Munshi Ismail di Pulau Pinang pada tahun 1886 dan beberapa laporan lain yang berkaitan telah diterbitkan. Kegunaan beberapa tumbuhan tempatan dalam rawatan berbagai-bagai penyakit telah disenaraikan dalam penerbitan tersebut.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Sejarah Penggunaan Tumbuhan Dalam Ubatan Tradisional

  • 26/01/2013 at 12:22 pm
    Permalink

    Manusia pun boleh di tanam di rumah.tumbuhan juga perlu kan air,baja,tanah dan juga sumber matahari.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*