Krisis Rusuhan di Mesir Bertambah Buruk

masalah rusuhan di mesir

rusuhan di mesir kaherah cairo 380x301 Krisis Rusuhan di Mesir Bertambah Buruk

Salam semua. Artikel ini saya letakkan di sini bertujuan untuk mengumumkan bahawa situasi rusuhan di Mesir bertambah buruk. Adik saya yang sedang belajar di Mansourah, Mesir melaporkan keadaan semakin runcing dengan beberapa bandar besar seperti di Kaherah, Suez dan juga Alexandaria(berada dalam status “Orange Alert”)a kebanyakan pelajar terpaksa di“confine” di dalam rumah masing-masing.

Masalah ketidakcukupan makanan mungkin berlaku. Ada sesetengah pelajar telah pun pulang ke Malaysia. Ada yang masih tersangkut di Mansourahdan Airport Kaherah dan tidak dapat pulang. Berita terbaru juga mengatakan ada seorang pelajar Perempuan Malaysia telah dirogol. Talian internet telah disekat. Bagaimanapun SMS melalui telefon masih boleh diguna.

rusuhan di mesir 380x266 Krisis Rusuhan di Mesir Bertambah Buruk

Maklumat daripada masyarakat setempat (orang arab mesir tempatan) melaporkan bahawa jika Hosni Mubarak tidak mengalah dan turun daripada tampuk pemerintah, peperangan gerila (civil war) habis-habisan akan di lancarkan. Mereka memberi masa selama 4 hari untuk Hosni Mubarak berundur (bermakna tarikh akhir ialah 2/2/2011). Semua pelajar asing termasuk pelajar Malaysia digalakkan pulang ke negara masing-masing.

Anda boleh mendapatkan berita dan info terkini berkenaan rusuhan di Mesir di laman web di bawah ini:

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

atau

Anda boleh mendapat bantuan pihak GMN untuk memantau anak2 atau sanak saudara anda di sana dengan berkomunikasi di laman Facebook di bawah ini:

http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321

Untuk mendapat “live coverage” tentang rusuhan di Mesir, anda juga boleh layari laman web di bawah (Blog Inggeris):

http://in.ibtimes.com/articles/106374/20110129/live-blog-coverage-of-turmoil-in-egypt.htm

Liputan berita daripada Al-Jazeera merupakan liputan yang paling terkini dan tepat disediakan. Saluran Al-Jazeera telah disekat di Mesir. Hanya saluran TV Yahudi lain yang dibenarkan. Anda boleh menonton saluran al-Jazeera di Astro, atau kunjungi blog Al-Jazeera di sini untuk berita lengkap.

Semoga info ini berguna untuk sesiapa yang mempunyai anak-anak dan sanak saudara di Mesir. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan mengemaskinikan maklumat terbaru tentang “Rusuhan di Bumi Mesir” ini.

INFO TERKINI!!

TAKLIMAT
(Oleh: Datuk Nurhaidi, Setiausaha Politik, Menteri Kementerian Luar)
* Perbincangan telah dibuat oleh Wisma Putra dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai pihak.
* Keadaan daripada “yellow” ke “orange” (Alexandria, Suez dan Cairo), maknanya makin buruk tetapi keadaan masih terkawal.
* Zagazig masih “hijau” iaitu dianggap tidak merbahaya.
* Kawalan sekarang diambil alih oleh Tentera daripada Polis.
* Sekiranya situasi makin bertambah buruk dan membahayakan, rakyat Malaysia akan dipindahkan ke negara-negara jiran atau yang berdekatan, contohnya di Saudi Arabia.
* Sekiranya berpindah di dalam negara Mesir, mereka akan dipindahkan ke bandar Tanta.
* Bukan suatu yang mudah untuk pindahkan pelajar yang ramai yang dianggarkan seramai 11,000 orang.
* Kalau ada pelajar yang mahu balik ke Malaysia, digalakkan namun atas kos sendiri.
* Ada pihak yang ambil kesempatan pecah rumah yang kosong.


RESPON
KEPADA SOALAN
1.  Apa tindakan kerajaan untuk evakuasi?
Telah diatur, sekiranya betul-betul perlu, tempat berkumpul di Tanta.
Harap pelajar dan ibubapa tidak panik. Jangan tekan “panic button“!

2.  Masalah sekarang ialah anak-anak tak boleh keluarkan duit kerana tak selamat untuk keluar ke bank, malah banyak bank yang tutup.  Barangan pula agak terhad. Jawapan:

-Usahakan pinjam duit kawan atau berpakat beberapa orang.
-Sekiranya ada masalah-masalah kritikal seperti terkandas di mana-mana, sila berikan maklumat kepada Kedutaan Besar Malaysia. Mereka akan cuba diselamatkan.

3. Passport pelajar di Alexandria berada di bawah jagaan universiti kerana mereka mahu buat visa pelajar?
Jawapan:

- Kedutaan akan segera berurusan dengan pihak universiti bagi mendapatkan passport balik.
- Pendekatan Kerajaan, akan tangani masalah yang ada tanpa ada “pilihan kelas“, maknanya tiada kelas pertama, kelas kedua dan seterusnya, semua pelajar akan dilayan sama rata.

4. Adakah Bilik Operasi disediakan untuk makluman semua.

Jawapan:

Bilik Operasi di Wisma Putra (24 jam), Tel:  03-8889 2746 / 03-8887 4570.

Bilik Operasi di Kedutaan Besar Malaysia
di Mesir:
Tel: +202-3761 0013 samb. 116. Tel: +202-3761 0164
Pegawai bertugas:
1) Tn. Hj. Shahrudin Hassan, Menteri Penasihat
2) Tn. Hj. Samsul Kahar Kamaruddin,
Setiausaha Kedua
3) En. Iskandar Harman,
Setiausaha Ketiga

PERINGATAN

* Pihak Wisma Putra akan buat kenyataan media dari semasa ke semasa.
*
Sekiranya ada jaminan keselamatan di Asrama MARA di Alexandria, baik duduk di situ sahaja.
* Pengarahan akan dibuat oleh Kedutaan Besar Malaysia dari semasa ke semasa.
* Bapa pelajar: Keadaan khususnya di Mansoura nampaknya makin baik.
* Tentera di Mesir dianggap “
friendly“. Selagimana pelajar tunjukkan ID pelajar atau passport kepada pihak berkuasa sekiranya ditahan, mereka tiada masalah.
* Penting agar kita semua berdoa dengan Allah agar mereka (pemimpin dan rakyat Mesir) segera keluar daripada malapetaka ini.
* Berdoa agar Allah sentiasa menjaga anak-anak kita, mereka cemerlang dalam pengajiannya.
* Rumah-rumah Negeri akan bekerjasama sebagai menjadi tempat pengumpulan pelajar.
* Setakat ini tiada sebab dan masih tidak perlu untuk “
press panic button“. Masih belum perlu bawa semua pelajar balik.
* Keadaan dijangka stabil dalam seminggu lagi.
* Kelihatan seolah-olah pihak media khususnya dari Barat memainkan isu ini sebagai alat propaganda.
* Kedutaan Besar Malaysia di Mesir akan bekerjasama dengan semua agen penghantaran pelajar dan persatuan-persatuan pelajar.
* Ibubapa atau mana-mana pihak yang ada maklumat tambahan diminta untuk maklumkan segera kepada Wisma Putra.

Situasi Terkini Rusuhan di Mesir

-          Keadaan masih terkawal secara umumnya, dan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa di kalangan pelajar AQM dilaporkan;

-          Khidmat SMS tak boleh sampai ke talian Mesir;

-          Panggilan telefon boleh dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja;

-          Terdapat beberapa kejadian pecah rumah, namun angkanya sangat kecil dan tidak melibatkan gangguan mahupun sentuhan kepada pelajar;

-          Penduduk setempat kini berkumpul dan berkawal untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan (ala-ala Rukun Tetangga);

-          Jalan-jalan masuk ke Bandar di kawal oleh askar-askar yang mesra rakyat;

-          Manakala jalan-jalan di dalam kawasan Bandar di kawal oleh penduduk-penduduk setempat. Mereka berkawal untuk menghalang aktiviti jenayah dan juga menghalang tindakan-tindakan anti-rusuhan oleh pihak Polis. Dalam erti kata yang lain, ‘Rakyat jadi Polis’;

-          Jalanraya di dalam kawasan Bandar selamat digunakan, namun pelajar diberi amaran untuk tidak meninjau-ninjau berdekatan kawasan rusuhan;

-          Perintah berkurung telah dianjakkan daripada pukul 6pm – 7am kepada 4pm – 8am setiap hari;

-          Lapangan terbang sesak – Pelancong yang tiba tidak dapat keluar dari lapangan terbang, manakala para penumpang yang ingin keluar dari Mesir juga terkandas akibat aturan jadual penerbangan yang tak menentu;

-          Pelajar Malaysia yang ingin pulang ke tanahair menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiket akibat pengurusan kaunter yang terhad dengan arahan perintah berkurung dan sistem aturan penerbangan yang tidak berjalan dengan lancar. Terdapat pelajar yang terkandas di lapangan terbang selama 3 hari;

-          Beberapa Balai Polis di Kaherah telah dibakar sebagai tanda protes atas tindakan ganas membunuh beberapa ahli rusuhan;

-          Pusat tukaran wang asing kehabisan duit Dollar (USD) & bank-bank tidak beroperasi menyebabkan kesukaran untuk membeli barang-barang makanan;

-          Dinasihatkan agar para pelajar berkumpul setempat dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Ini merupakan langkah yang disarankan oleh pihak kejiranan warga Mesir sendiri dan juga pihak Wisma Putra;

-          Ibu-bapa dinasihatkan menghubungi Wisma Putra  untuk memaklumkan apa-apa kejadian yang menimpa anak-anak mereka di Mesir;

-          Para ibu-bapa disaran supaya mengerjakan solat hajat dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar keselamatan anak-anak pelajar terjamin, di samping perbanyakkan sabar serta tawakkal kepada-Nya.

INFO SEMASA (Sehingga 12 am 1 Feb, 2011 waktu Malaysia)


Dimaklumkan keadaan di Lapangan Terbang Kaherah masih sesak. Banyak penerbangan yang dibatalkan, penumpang stranded. Pelbagai grup pelancong yang datang dari luar tak dapat keluar dari airport kerana travel agents tak datang ambil, maka airport sesak. Dimaklumkan Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / MSD ada datang ke airport bawa makanan untuk para pelajar Malaysia yang stranded.

Para pelajar masih dinasihatkan berada di rumah-rumah yang ramai bilangan pelajar atau pergi menginap di rumah-rumah negeri sebagai langkah keselamatan.

Dewan Malaysia Abbasiah pula ketika ini khabarnya dihuni oleh lebih daripada 400 pelajar di mana kebiasaannya pada satu-satu masa, penghuni sekitar 100 orang sahaja

Lagi Berita Tentang Rusuhan di Mesir:

Related posts

*

*


9 − = eight

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
kreatif_error404-1
12 Laman Ralat/Error 404 Kreatif

Pernahkah anda klik pada sesuatu pautan, anda dijuruskan kepada mesej "Error 404 - laman yang anda cari tidak dijumpai!" atau pun anda akan dipautkan kepada...

Close