Perutusan Rasmi JPMK – Rusuhan di Mesir

Perutusan Rasmi JPMK - Rusuhan di Mesir
Rujukan kami: JPMK(KEB)1000/04(03)

Tarikh  : 26 Januari 2011

Kepada:

Semua Warga Malaysia
di Republik Arab Mesir.

?????? ????? ????? ???? ???????

Y. Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

NASIHAT KESELAMATAN BERKENAAN DEMONSTRASI JALANAN  (YAWMUL GHADAB) DI MESIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Seperti yang dilaporkan, puluhan ribu rakyat Mesir berdemonstrasi pada hari Selasa 25hb Januari 2011, yang kebetulannya cuti umum sempena Hari Polis. Demonstrasi terbesar pernah wujud dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz (Pemberontakan Roti) pada 1977 yang lalu, diberitakan bertujuan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Presiden Husni Mubarak.

3.  Di Kaherah, kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan berkumpul dari tempat masing-masing seperti di Maspiro, Muhandisin, Bulaq, Abidin, Shubra, Kementerian dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan As-Syura. Kumpulan-kumpulan ini bergerak lebih kurang selepas Zohor,  bersatu dan berdemonstrasi dengan kumpulan-kumpulan lain dataran At-Tahrir sehingga jam 12 tengah malam tadi.

4. Terdapat juga beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar lain seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura. Justeru itu, seluruh warga mahasiawa Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya:

4.1  Menjauhkan diri daripada tempat-tempat kekecohan/ tunjuk perasaan yang boleh mengakibatkan musibah dan kemalangan kepada diri sendiri.
4.2 Mengurangkan aktiviti di luar tempat tinggal sehingga disahkan situasi kekecohan telah reda kerana dijangkakan akan berlaku lagi demonstrasi pada masa depan.
4.3   Sentiasa peka kepada berita dan situasi semasa dengan merujuk kepada media massa atau pihak berwajib.
4.4  Melaporkan dengan segera sebarang kemalangan membabitkan warga Malaysia kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
4.5   Merujuk kepada KBMK dari masa ke masa untuk nasihat keselamatan.

5.  Kerjasama semua pihak sangat dituntut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Saya yang menurut perintah,

(ASWANDI BIN LAMAN)

b.p

Pengarah,

Education Malaysia, Egypt.

28 Jan 2011

________________________________________________

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*