Tokoh Islam – Nur al Din Ibn Ishaq Al-Bitruji

al-bitruji atau alpetragiusNur al-Din ibn Ishaq al-Bitruji, dikenali di Barat sebagai Alpetragius, dilahirkan di Andalusia yang kini dikenali sebagai Maghribi/Morokko. Juga dieja dengan nama Abu Ishak ibn al-Bitrogi atau juga Bidrudschi al. Beliau merupakan anak murid Ibnu Tufail (Abubacer) dan juga  Averroes Beliau kemudiannya berhijrah ke Sepanyol dan tinggal Seville. Beliau meninggal dunia pada permulaan abad ke-13 sekitar tahun 1204.

Al-Bitruji merupakan ahli astronomi utama pada zaman beliau. Buku beliau Kitab al-Hayah (???? ??????, Buku Mengenai Ilmu Bintang) popular di Eropah pada kurun ke-13. Ia pada mulanya diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani (Hebrew) dan seterusnya dari bahasa Hebrew ke bahasa Latin. Edisi bahasa Latin buku beliau ini dicetak di Vienna pada tahun 1531. Beliau cuba mengubahsuai sistem pergerakan planet Ptolemy, tetapi tidak berjaya pada mulanya kerana beliau mengikuti anggapan Aristotle mengenai pergerakan (bulatan) sempurna. Bagaimana pun, ahli astronomi Arab Sepanyol yang lain mencadangkan orbit eliptik bagi pergerakan planet.

kawah bulan yang dinamakan sempena nama al-bitruji
Salah satu kawah di bulan diberi nama Al-petragius atau al-Bitruji

Karya-karya aI-Bitruji banyak dikumpul oleh F.J. Caramody dalam sebuah buku bertajuk Al-Bitruji, De Motihus Coelorum (Berkeley, 1952M). Beer dan Madler dalam karya mereka yang terkenal Der Mond (1837) menyebutkan satu ciri permukaan bulan dinamakan sempena nama al-Bitruji (Alpetragius). Ia adalah satu genahar berdiameter 26 batu di dalam seksyen ke-8 bagi carta bulan. Ia memiliki satu puncak kon yang kecil pada pusatnya dan dinding-dindingnya yang tegak lurus tersusun dan sinar terang dengan kecerahan yang dapat dikesan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*