Masjid-masjid Bersejarah di Beijing, China

Kedatangan Islam ke China bermula pada masa pemerintahan Khalifah Uthman pada tahun 651M iaitu selepas 20 tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah Uthman telah mengirim rombongan yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas (bapa saudara nabi) untuk bertemu dengan Maharaja Tang, pemerintah Dinasti Tang di China pada masa itu. Maharaja Tang menyambut kehadiran rombongan Islam dan memerintahkan agar sebuah masjid dibina di Canton sebagai satu peringatan.

Di situlah bermulanya pembinaan masjid pertama di China. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.

Artikel ini bukan ingin menyorot kembali sejarah Islam di China tetapi lebih kepada menyenaraikan antara masjid-masjid bersejarah berada di sekitar bandaraya Beijing, China. Antara masjid-masjid yang dimaksudkan ialah:

Masjid Niujie

masjid niujieMasjid Niujie yang dibina pada tahun 996 Masihi merupakan masjid kuno yang paling awal dibina pada penempatan awal penduduk Islam di kawasan sebelah selatan Beijing.
Luas masjid itu kira-kira 6,000 meter persegi, dan ruang solatnya 600 meter persegi, boleh menampung seribu jemaah menunaikan solat. Gaya seni bina dan reka bentuknya menggabungkan seni bina istana China dengan bangunan Arab. Struktur kayu masjid itu mempunyai hiasan bercorak Arab.

Alamat: No. 88, Niujie Street, Xuanwu District, Beijing
Tel: 86-10-63532564

Masjid Dongsi

masjid-dongsi01

Masjid Dongsi dibina pada tahun 1447 (Dinasti Ming). Masjid itu merupakan salah sebuah masjid kuno yang terbesar dan terbaik di Beijing.

Luas Masjid Dongsi kira-kira 10 ribu meter persegi. Gaya pembinaannya bercirikan seni bina bangunan istana Dinasti Ming. Dewan solat utama masjid itu setinggi 15 meter dengan keluasan 500 meter persegi boleh menampung 500 jemaah menunaikan solat.
Masjid itu dianggap sebagai pusat budaya Muslim di Beijing.
Persatuan Agama Islam Beijing berpejabat di sini.

Alamat: No. 13, Dongsi South Street, Dongcheng District, Beijing
Tel: 86-10-65257824

Masjid Nandouya

masjid nandouya00

Berdasarkan statistik, zaman pemerintahan Dinasti Qing merupakan zaman yang paling banyak masjid dibina di Beijing. Masjid Nandouya, salah sebuah masjid yang dibina pada zaman itu, mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Dari segi reka bentuk dan seni bina, masjid itu mempunyai ciri-ciri istana kuno China dan gaya hiasan yang bercorak Arab. Luasnya kira-kira 1590 meter persegi. Ruang solatnya boleh menampung lebih 300 jemaah untuk menunaikan solat.

Alamat: No.4, Douban Hutong, Dongcheng District, Beijing
Tel: 86-10-84068225

Masjid Huashi

masjid huashiMasjid Huashi, salah sebuah masjid kuno terkenal di Beijing, dibina pada tahun 1414 Masihi. Keluasan masjid itu 1797 meter persegi. Ruang sembahyangnya bercirikan seni bina tradisional China dan luasnya mencecah 1,098 meter persegi, yang boleh menampung 1,000 jemaah menunaikan solat. Persatuan Agama Islam Daerah Chongwen ditubuhkan di masjid itu.

Alamat: No.30, Xihuashi Street, Chongwen District, Beijing
Tel: 86-10-67120726

Masjid Jinshifangjie (Masih dalam pembaikan)

masjid jinshifangjie

Masjid ini sedang dalam proses pembaikan bermula 20 September 2008 hingga 20 September 2009.

Masjid Jinshifangjie, sebuah masjid yang terbesar di Daerah Xicheng, malah salah sebuah masjid kuno yang terkenal di Beijing. Ia juga dikenali sebagai Masjid Pushou. Ada dua tarikh mengenai masa masjid ini dibina. Yang pertama ialah pada penghujung Dinasti Yuan, dan kedua, pada tahun 1429, iaitu zaman pemerintahan Maharaja Xuande Dinasti Ming.
Masjid itu luasnya kira-kira 1,533 meter persegi. Seni bina ruang solatnya bercirikan istana klasik China dan boleh menampung seramai 500 jemaah menunaikan solat di sana.
Persatuan Agama Islam Daerah Xicheng ditubuhkan di masjid itu.

Alamat: No.63. Jinshifang Street, Xicheng District, Beijing

Masjid Qianmen

qianmen3

Masjid Qianmen terletak di sebelah barat daya Qianmen.
Masjid itu dibina pada zaman Dinasti Ming, iaitu lebih 500 tahun yang lalu. Luasnya mencapai 1,100 meter persegi dan ruang solatnya seluas 438 meter persegi. Pembinaannya bercirikan seni bina istana tradisional China dan bangunan Siheyuan, iaitu rumah yang mempunyai laman.

Alamat: No. 9, Yangwei Hutong, Xuanwu District, Beijing
Tel: 86-10-63019970

Masjid Haidian

masjid haidian

Masjid Haidian yang dibina pada penghujung pemerintahan Dinasti Ming iaitu sejak 300 tahun lalu. Gaya seni binanya ialah gabungan bangunan tradisional China dan Arab.

Alamat: No. 27, Suzhou Street, Haidian District, Beijing
Tel: 86-10-62558296

Masjid Madian

masjid madianMasjid Madian, salah sebuah masjid terkenal di Beijing, dibina pada zaman Maharaja Kangxi Dinasti Qing, iaitu lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya ialah 3,800 meter persegi.

Alamat: No. 7, Madian South Street, Haidian District, Beijing
Tel: 86-10-62019208

Masjid Tongzhou

masjid TongzhouMasjid Tongzhou yang juga dipanggil Masjid Chaozhen dibina dalam tempoh tahun 1312 hingga 1320. Masjid itu amat terkenal di Beijing. Gaya bangunannya menggabungkan seni bina istana purba China dengan Arab.

Alamat: No. 1, Qingzhensi Hutong, Tongzhou District, Beijing
Tel: 86-10-69549822

Masjid Dongzhimenwai

masjid dongzhimen wai00

Masjid Dongzhimenwai yang pernah dipanggil Masjid Erlizhuang Dongzhimenwai dibina pada zaman Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga tahun 1368 Masihi), iaitu era yang agama Islam yang berkembang paling makmur di China.

Keluasannya lebih 700 meter persegi. Gaya seni binanya bercirikan bangunan Siheyuan, iaitu rumah yang mempunyai laman.

Alamat: No.6, Chaci Housing Estate, Dongzhimen Wai, Dongcheng District, Beijing
Tel: 86-10-64638195 / 64685890

Masjid Anwai

masjid anwaiMasjid Anwai juga dikenali sebagai Masjid Andingmenwai, nama sepenuhnya Masjid Daguan Andingmenwai, dibina pada zaman Maharaja Jiaqing Dinasti Qing. Luasnya mencapai 500 meter persegi.

Alamat: Qingnianhu Nanli, Andingmenwai, Dongcheng District, Beijing
Tel: 86-10-84136251

Masjid Nanxiapo

masjid nanxiapoMasjid Nanxiapo dibina lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya 636 meter persegi. Seni bina masjid itu menggabungkan unsur istana tradisional China dengan bangunan Arab. Ia merupakan satu contoh yang tipikal daripada masjid-masjid di China.
Disebabkan masjid itu amat dekat dengan beberapa kedutaan besar negara asing di China, maka staf-staf dari badan tersebut sentiasa menyertai aktiviti keagaman di sana.

Alamat: No.129, Chaowai Ertiao, Chaoyang District, Beijing
Tel: 86-10-85626316

Masjid Changying

masjid chiangyingMasjid Changying dibina lebih 500 tahun lalu. Luasnya 8,835 meter persegi. Gaya pembinaannya bercirikan seni bina bangunan istana tradisional China.

Alamat: Changying Towship, Chaoyang District, Beijing
Tel: 86-10-65484914

Masjid Anheqiao

Masjid AnheqiaoMasjid Anheqiao mula dibina pada zaman Dinasti Ming (iaitu tahun 1368 hingga 1644 Masihi). Keluasannya 1000 meter persegi.

Alamat: Hongshankouxi, Qinglongqiao, Haidian District, Beijing
Tel: 86-10-62867252

Masjid Fengtaizhen

masjid fengtaizhenMasjid Fengtaizhen, sebuah masjid kuno yang mempunyai sejarah ratusan tahun. Luasnya kira-kira 1,600 meter persegi. Reka bentuknya bercirikan bangunan Siheyuan, iaitu rumah yang mempunyai laman. Ruang solatnya boleh menampung 100 jemaah untuk menunaikan solat.

Alamat: No.5, Telegraph Office Street, Fengtai Town, Fengtai District, Beijing
Tel: 86-10-63896037

Masjid Sanlihe
masjid sanliheMasjid Sanlihe atau Masjid Yongshou, sebuah masjid terkenal di Beijing, dan dibina pada 400 tahun lalu. Keluasan masjid itu kira-kira 1,667 meter persegi dan boleh menampung 500 jemaah menunaikan solat. Pembinaannya bercorak seni bina istana dan berbentuk Siheyuan, iaitu rumah yang mempunyai laman. Ruang sembahyang terletak di belakang masjid itu. Bentuk seni binanya menggabungkan unsur trasdisional China dan Islam.

Alamat: No.3, Building 52, Sanlihe Yiqu, Xicheng District, Beijing
Tel: 86-10-68526720

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*