Rotan Hutan – Tinggi Nilai Komersil

buahrotan.jpg

Bila bercerita pasal rotan, mungkin ada yang teringat zaman sekolah dulu. Pernah dirotan guru. Atau kalau kita tengok cerita-cerita Melayu zaman dahulu, seringkali kita terdengar ungkapan “mencari rotan di hutan”, menunjukkan betapa pentingnya peranan rotan pada masa dahulu. Itulah sebab terdapat pepatah Melayu yang menggunakan perkataan rotan seperti “tiada rotan, akar pun berguna”

Kini rotan bukan lagi menjadi sesuatu yang tipikal seperti zaman dulu. Ianya menjadi satu spesis yang agak susah diperolehi dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ianya telah digunakan untuk membuat pelbagai jenis produk seni termasuk juga perabut. Berikut adalah fakta menarik tentang rotan:

Sifat Umum Rotan
Mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat.

Jenis
Terdapat 13 genus ritan di dunia dan hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripadanya.

Taburan
Hanya tumbuh secara semulajadi di Asia dan Barat Afrika sahaja. Di Semenanjung, rotan boleh ditemui di pelbagai jenis ketinggian dari aras laut sehingga ke kemuncak gunung 3000m. Bagaimanapun kebanyakan kawasan rotan tertumpu di Asia Tenggara dan kawasan berdekatannya. Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai spesis rotan.Terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung.

Ciri-ciri
Terdapat rotan yang tumbuh secara tunggal dan juga berkelompok. Kebanyakkan pokok rotan adalah jenis memanjat serta yang berbatang kerdil tidak memanjat.buahrotan Rotan Hutan   Tinggi Nilai Komersil

Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Hasil hutan yang banyak ini telah memberikan sumbangan kepada peningkatan sumber ekonomi negara serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Antara hasil hutan bukan kayu yang penting ialah rotan dan buluh.

Rotan berasal dari famili Palme dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu parafamili calamoideae. Ia mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat. Terdapat 13 genus rotan di dunia iaitu Calamus, Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis, Myrialepis, Ceratolobus, Calospatha, Pogonotium, Retispatha, Laccosperma, Eremospatha, dan Onecocalamus . Hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripada 13 genus ini.

Daripada 107 jenis rotan yang ditemui di Semenanjung Malaysia hanya 20 jenis sahaja yang dikenal pasti kegunaannya serta mempunyai nilai komesil. Antaranya ialah rotan manau (Calamus manau) , rotan matang atau dikenali juga sebagai rotan dok (C. ornatus), rotan manau tikus (C. tumidus), rotan semambu (C. scipionum), rotan dahan (Karthalsia sp) dan rotan sega (C. caesius).

hasilkraftanganrotan Rotan Hutan   Tinggi Nilai Komersil

Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur . Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk mengayam tikar ataupun lapik.

2 Comments

*

*


× 8 = fifty six

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro