Majulah Singapura – Lagu Kebangsaan Republik Singapura

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya masukkan entri ini dalam PanduanPercuma.info? Adakah kerana ianya satu-satunya Bahasa Melayu yang masih terabadi di dalam sejarah Singapura?

Hakikatnya negara Singapura merupakan sebuah negara yang berasal daripada kumpulan negeri-negeri Melayu pada masa dahulu dan sejarahnya tidak boleh dibuang begitu saja sehingga tiada siapa yang tahu susur galurnya. Meski pun ramai yang tahu bahawa komposisi penduduk Singapura berpihak kepada bangsa Cina sebagai kaum majoriti, namun wujudnya pelbagai kaum seperti India dan Melayu di Singapura membentuk satu identiti multi-ras sama seperti Malaysia. Ada rakyat Singapura yang mempunyai sanak saudara dari Malaysia dan begitu juga sebaliknya, tidak kira apa jua bangsa mereka.

Fakta Tentang Lagu Kebangsaan Singapura

Jika dilihat dari segi undang-undang dan fakta negara Singapura, bahasa rasmi Singapura adalah Bahasa Cina, Tamil, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Mungkin Singapura merupakan satu-satunya negara di dunia yang menjadi 4 bahasa sebagai bahasa rasmi negara. Dan ianya juga merupakan satu-satu negara di dunia yang mempunyai lagu kebangsaan yang mana bahasanya bukan merupakan bahasa majoriti penduduknya.

Lagu kebangsaan Singapura dicipta oleh En. Zubir Said, seorang berketurunan Minang, Indonesia yang dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Berikut adalah senikata lagu Majulah Singapura untuk anda tatapi dan hayati. Begitu juga, di sini saya sertakan video YouTube untuk lagu kebangsaan dan kebanggaan setiap rakyat Singapura.

Majulah Singapura

Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura

Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura

 

Video Lagu Majulah Singapura

 

 

Adakah nanti, Moto dan lagu Majulah Singapura ini akan menjadi peninggalan sejarah sebagai hanya satu-satunya naskhah Bahasa Melayu di Singapura, di sebalik kemajuan Singapura dan rakyatnya?

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*