10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat

Kehebatan Sang Pencipta memang tidak dapat kita sangkal dan ragui. Yang Maha Kuasa ada sebab dan rahsia di sebalik setiap makhluk ciptaanNya. Tahukah anda dalam banyak-banyak haiwan di dunia ini, ada juga haiwan yang mungkin belum pernah terfikir dek fikiran kita, apatah lagi melihatnya secara realiti. Berikut ada senarai 10 haiwan yang mungkin anda tidak pernah lihat, terbaca atau tahu:

1. Anglerfish – Ikan Terseram di dunia

398032677 dfab408834 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Ikan Terseram di dunia

Anglerfish - ikan terseram di dunia

AnglerFish. Itulah namanya yang dikatakan sebagai ikan terseram di dunia. Juga dikenali sebagai Monkfish dan Goosefish merupakan sejenia ikan dari spesis Lophiiformes, dan bersifat karnivor. Habitatnya di Lautan Arktik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Atlantik, dan Laut Mediterania.

2. Leafy Sea-Dragon (Phycodurus eques)

leafy sea dragon 04 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Leafy Sea Dragon

Menarik - Naga Laut Berdaun?

Leafy Sea-dragon diberi nama berdasarkan kisah mitos China. Ianya mirip sejenis rumpai laut yang berada pada dasar laut, berwarna hijau, oren dan emas menjadikan ianya mudah tersembunyi. Hanya apabila kelihatan siripnya yang kecil dan sepasang mata yang bergerak yang membezakan ianya sejenis haiwan laut dan bukannya rumpai laut. Seperti juga kuda laut, naga laut jantan membawa telur sebanyak 150-200 biji pada satu-satu masa untuk disenyawakan/dimasukkan ke dalam naga laut betina.

3. Happy Faced Spider

Lelabah Muka Gembira? Begitulah nama sejenis lelabah yang terdapat di kepulauan Hawaii. Terkenal kerana mukanya yang sentiasa tersenyum dan riang, tetapi ianya bukan terletak pada muka lelabah tersebut, sebaliknya pada bahagian atas abdomennya. Cuba lihat gambar di bawah.

tumblr kwnl3nuIwa1qzzb84o1 400 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Lelabah bermuka gembira

4. Wood-eating Cat Fish

Ikan keli pemakan kayu. Itulah satu spesis ikan keli yang terdapat di Hutan Hujan  Amazon, Amerika Selatan. Ikan ini memakan kayu-kayu reput yang tumbang di kawasan hutan tersebut. Mempunyai gigi yang cukup tajam dan kuat membolehkan memakan kayu sebagai sumber makanannya. Anda boleh lihat banyak lagi foto menarik Ikan keli ini di pautan ini.

wood eating armored catfish log 26196 600x450 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Ikan keli Pemakan Kayu

5. Cantor – Penyu Bercengkerang Lembut (Soft-shelled turtle)

Aneh tapi benar. Cantor (Pelochelys cantorii), penyu yang mempunyai cengkerang atau kulit badan yang lembut, tidak seperti kebanyakan spesis penyu yang lain. Penyu ini biasanya ditemui di darat dan juga di sungai-sungai (air tawar). Cantor boleh membesar sehingga 2m panjang dan berat mampu mencecah 50kg.

Pelochelys cantorii Worlds strangest looking animals s540x540 2270 580 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Cantor - penyu bercengkerang lembut

Cantor - Penyu Bercengkerang Lembut

6. Ayer-ayer

Ayer-ayer (Daubentonia gascarensis) merupakan spesis haiwan primat malam terbesar di dunia dan merupakan haiwan natif negara Madagascar. Habitatnya ialah di hutan hujan tropika dan hutan -hutan dan juga kanopi hutan yang lain. Namun sekarang, disebabkan berlakunya pemupusan hutan, habitatnya berubah kepada kawasan-kawasan hutan pertanian yang subur. Ia boleh ditemui dengan mudah pada ketinggian 700m daripada paras tanah.

 

201653 11 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Haiwan aneh di dunia

Ayer-ayer - Haiwan Natif Madagascar

 

 

7. BlobFish

Blobfish merupakan sejenis ikan laut yang terdapat di pantai Autralia dan Tasmania. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terhodoh sekali di dunia kerana memiliki bentuk yang amat menjijikkan. Habitatnya ialah di dalam laut pada kedalaman 800m yang mana pada tahap kedalaman sedemikian amat sukar didiami oleh kebanyakan spesis ikan kerana tekanan yang tinggi, iaitu 8x tahap tekanan air laut pada paras kediaman ikan biasa. Disebabkan kehidupannya pada tahap itulah menyebabkan bentuk badannya kelihatan hodoh.

 

blobfish1 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Blobfish - ikan terhodoh di dunia

Blobfish - ikan terhodoh di dunia?

 

8. Glass Frog

Katak bersifat cermin yang lutcahaya atau transparent ini merupakan spesis katak yang hampir pupus di dunia ini. Anda boleh melihat organ dalaman katak ini hanya dengan melihat badannya sahaja tanpa sebarang peralatan canggih.

 

glass frog 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
katak lutcahaya

Amat menakjubkan! Lihat organ dalaman katak ini

 

9. Filipina Tarsier

Haiwan ini membesar setinggi 4-6 inci dan ekornya 2 kali panjang daripada badannya. Sejak berjuta tahun spesis boleh di dapati di hutan hujan tropika seluruh dunia, namun sekarang ianya merupakan satu-satunya spesis monyet yang hanya terdapat di hutan hujan di Filipina seperti di Pulau Bohol, Leyte, Mindanao dan Samar. Matanya tidak boleh bergerak bebas dalam soketnya, menyebabkan ia terpaksa memusingkan kepalanya 180 darjah untuk melihat sekitarnya. Ia dikategorikan sebagai “monyet yang paling kecil di dunia”.

tarsier 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
Monyet terkecil di dunia

Filifina tarsier - monyet terkecil di dunia

 

10. Axolotl – Mexican Walking Fish

Axolotl (Ambystoma mexicanum) merupakan haiwan daripada spesis salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Mexican Walking Fish” walaupun ianya bukan daripada spesis ikan. Salamander adalah amfibia dan bukannya jenis replitilia seperti cicak dan buaya seperti anggapan ramai.

axolotl 10 Haiwan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
ikan berjalan di mexico

Begitulah senarai 10 haiwan yang mungkin anda belum pernah terjumpa. Walau pun mungkin ada banyak lagi haiwan unik yang boleh dimuatkan dalam senarai ini, namun bagi saya ini di antara yang teraneh dan unik. Diharap info ini memberi manfaat dan ilmu kepada semua.

Related posts

4 Comments

*

*


eight × = 56

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro