Kenali Makanan Halal Di China

Walaupun China merupakan bukan sebuah negara Islam, tetapi jika anda berkunjung ke sana, anda akan dapati agak mudah untuk mendapatkan makanan HALAL. Terdapat restoran-restoran yang mempunyai label “Halal” dan untuk itu anda seharusnya juga faham dan kenali jenis-jenis makanan yang terdapat di China. Berikut adalah jenis-jenis makanan di sana yang dikategorikan sebagai “HALAL”.

 

NAILAO

nailao - makanan halal utk orang muslim di china“Nailao” dibuat daripada susu dan cuka beras. “Nailao” dalam bahasa Mandarin bermaksud keju, tetapi “Nailao” tidak sama seperti keju, dan rasanya manis, seperti puding.

“Nailao” ialah sejenis pencuci mulut yang dahulunya dihasilkan dalam istana untuk maharaja dan kerabatnya sahaja.

“Nailao Wen” dan “Wenyu Nailao” merupakan dua buah kedai yang khusus menjual “Nailao”. Kedua-dua kedai ini mempunyai sejarah yang lama dan semua makanan yang dijual di sini disediakan oleh tukang masak dalam kedainya.

“Sanyuan Meiyuan” pula ialah kedai moden yang juga menjual “Nailao”. Bezanya daripada kedua-dua kedai “Nailao” yang bersejarah itu, “Nailao”yang dijual di “Sanyuan Meiyuan” dibuat secara besar-besaran dalam syarikat Sanyuan.

 

LU DA GUN

makanan halal di china - lu da gun“Lu Da Gun” dibuat daripada tepung sejenis beras berwarna kuning. Kiuh ini berinti kacang merah dan disalut dengan tepung kacang hijau. “Lu Da Gun” bermaksud keldai bergolek-golek, dan ini menggambarkan rupa kuih ini. Rasanya hampir sama dengan kuih Abuk-abuk.

 

 

 

 

 

STEAMBOAT

steamboat - makanan halal di chinaSteamboat, yang juga dikenali sebagai Hot Pot berasal daripada satu legenda. Kononnya, pada suatu waktu dahulu, Genghis Khan, maharaja pertama zaman Dinasti Yuan telah mengetuai pasukan tenteranya bertempur dengan musuh. Suatu ketika pada musim sejuk, tenteranya tidak ada masa yang cukup untuk memasak. Maka mereka memotong daging kambing menjadi kepingan-kepingan yang nipis, lalu dibubuh dalam air yang mendidih. Daging itu masak dengan segera. Inilah asal usul Hot Pot.

Setelah sekian lama, Hot Pot pun berkembang dan berubah. Hampir semua jenis makanan daripada daging dan sayur hinggalah hasil laut dan lain-lain boleh menjadi bahan Hot Pot yang sedap.

Antara restoran yang terkenal dengan Hot Pot, Donglaishun merupakan restoran Islam yang paling digemari ramai.

 

 

HUANG

wandou huang - makanan halal di chinaWandou Huang (Kuih Kacang Kuning) dibuat daripada sejenis kacang kuning, dan rasanya manis. Bahan untuk membuatnya dan hasilnya hampir sama dengan kuih “kole kacang” di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

CHATANG

chatang - makanan halal di chinaChatang ialah sejenis makanan seperti bubur. Ia dibuat daripada tepung goreng dengan dibubuh air panas, tetapi lebih halus. Rasanya manis dan masin sedikit. Jika dimakan dengan kacang tanah dan bijan, rasanya lebih sedap.

 

 

 

 

 

 

 

DOUFUNAO

doufunao - makanan halal di chinaDoufunao ialah sejenis tauhu lembut yang dimakan bersama-sama dengan sup kambing yang dicampur cendawan telinga kera dan telur. Rasanya masin sedikit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AIWOWO

aiwowo - makanan halal di china

Aiwowo dibuat daripada tepung pulut dan ada inti yang manis di dalamnya. Rasanya seperti Buah Melaka tanpa kelapa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Begitulah antara senarai makanan yang biasanya dikategorikan sebagai HALAL di China. Semoga panduan ini memberi manfaat sedikit sebanyak terutama kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke negara China. Wallahu a’lam.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*