Pasaraya-pasaraya Islam di China

Jika anda berkunjung ke negara China, usah risau tentang mencari barangan dan makanan halal di sana. Ini kerana kedai, pasaraya dan juga restoran yang menyediakan makan memang mudah didapati. Pada entri ini, saya ingin senaraikan pasaraya-pasaraya Islam dan halal yang boleh dikunjungi di China.

Pasar Raya Islam Niujiepasaraya islam di niujie china

Pasar Raya Islam Niujie, yang terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu, merupakan pasar raya berskala besar yang menjual produk halal di China. Luasnya hampir 2,000 meter persegi dan rak-rak di pasar raya itu dipenuhi oleh 6,000 jenis barangan.

Pasar raya ini merupakan pelopor dalam mengurus barangan halal di Beijing.

Alamat: No.1, sebelah barat, simpang utara Jalan Niujie

Pasar Raya Islam Bailekaipasaraya islam bailekai

Pasar Raya Islam Bailekai, yang diuruskan oleh Persatuan Agama Islam Daerah Dongcheng, terletak antara Kawasan Kediaman Nanmencang dengan Kawasan Kediaman Douban di Dongsi, yang didiami kira-kira 700 buah keluarga Muslim.

Pasar raya yang luasnya 200 meter persegi ini menjual kira-kira 1,000 jenis produk halal, seperti barang makanan dan barang kegunaan harian untuk orang Islam.

Alamat: sudut tenggara di Lorong Cangnan dengan simpang Jalan Beixiaojie Chaoyangmen, Daerah Dongcheng

Pasar Pakaian Nurenjie

Pasar Pakaian Nurenjie, salah sebuah pasar pakaian yang agak besar dipasar pakaian nurenjie Beijing, ditubuhkan pada 22 September tahun 2001. Ia terletak di kawasan kedutaan besar negara asing di Beijing, iaitu Daerah Chaoyang.

Pasar itu bukan sahaja menjual produk seperti pakaian, barang perhiasan, beg, kosmetik dan hasil kraf tangan, tetapi juga menyediakan rawatan untuk mencantikkan kuku serta menawarkan perkhidmatan persolekan. Pendek kata, pasar tersebut terkenal dengan perkhidmatannya yang istimewa untuk golongan wanita.

Kini, pasar ini lebih dikenali sebagai pusat membeli-belah serba lengkap yang menjual pakaian dan perhiasan berciri Hong Kong, Makau, Republik Korea, Malaysia, Jepun, Eropah dan A.S..

Alamat: No.1 9A Jalan Barat Maizidian, Daerah Chaoyang

Pasar Hongqiao

Pasar Hongqiao, salah sebuah pasar produk tambahan pertanian yang paling besar di Beijing, terkenal dengan hasil air dan barang hiasanpasar hongqiao daripada mutiara. Ia juga merupakan pusat pengedar barang-barang mutiara yang agak penting di Beijing. Kebanyakan pemilik gerai di pasar ini mampu berkomunikasi dengan pelanggan asing dalam bahasa Inggeris.

Sejak tahun 1995, pasar ini telah menerima sebanyak 300 ribu orang pelanggan dari seberang laut, termasuk wakil-wakil Persidangan Wanita Sedunia dan Persidangan Persatuan Speaker Antarabangsa. Pasar ini terletak hampir dengan Taman Tiantan.

Alamat: Pasar Hongqiao Jalan Tiantan Timur, Daerah Chongwen

Keistimewaan: mutiara

Pengangkutan Awam: bas No. 106, 41, 39, 35, 6, 60 dan 36

Pasar Guanyuan

Pasar Guanyuan, yang beroperasi sejak 16 Februari tahun 1998 ini, terletak di sebelah barat persimpangan Jalan Ping’an dengan Lebuh Rayapasar guanyuan Lingkaran Ke-2, dan berhampiran dengan Chegongzhuang Stesen Kereta Api Bawah Tanah Laluan Kedua (line 2).

Pasar ini menjual pelbagai produk secara borong dan runcit, antaranya termasuk pakaian, topi, kasut, beg, alat-alat pejabat, barangan kegunaan harian, hasil tenunan, peralatan bilik tidur dan lain-lain. Pasar ini amat terkenal di kalangan penduduk Beijing kerana laluan ke sana mudah, harga barangannya berpatutan dan suasana membeli-belah yang selesa.

Pengangkutan Awam:
Stesen Subway: Chegongzhuang (Subway line 2)

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*