Mengapa Apple Begitu Inovatif?

Apple, walau pun mempunyai pengguna komputer yang jauh lebih rendah berbanding dengan Windows, namun Apple jelas masih menggegarkan dunia IT dengan produk-produk yang inovatif dan kreatif. Keberkesanan Apple melahirkan produk-produk menarik di pasaran dunia meninggalkan kesan begitu viral dalam komuniti perniagaan, mahu pun pelanggan individu.

Ini terbukti dengan wujudnya jenama-jenama tersohor dunia menjadikan produk mereka “seiring” dan “compatible” dengan peranti yang dikeluarkan oleh Apple. Contoh yang nyata ialah di mana kebanyakan pembuat jenama kereta teroshor dunia seperti Mercedes dan BMW, menyediakan “port” atau soket untuk peranti Apple seperti iPod. Banyak lagi produk berjenama mengikut trend sebegini.

steve jobs - peneraju inovasi Apple

peranti popular apple iphone
iPhone - mengejutkan dunia dengan keupayaannya

 

Apakah sebenarnya sebab dan alasan yang menjadikan Apple sebagai sebuah syarikat global yang begitu inovatif dan kreatif sehingga mampu mendahului pesaing mereka dalam setiap produk yang dikeluarkan. Berikut ini adalah senarai sebab dan alasan mengapa Apple menjadi terus inovatif dalam pengeluaran dan pemasaran produk mereka:

1. Apple selalu memiliki kemampuan untuk mewujudkan permintaan untuk produk yang sebelum ini pernah terfikir oleh sesiapa pun. Sebagai contoh, kejayaan asli dari peranti iPod dan iTunes. Sebelumnya, pelanggan hanya mendengar muzik bersandarkan kepada CD atau radio. Penemuan iPod dan iTunes membolehkan pelanggan untuk mendengar muzik tanpa memerlukan CD. Dan kehadiran iTunes memboleh muzik diakses tanpa batasan dan dengan mudah dapat disimpan di komputer dan iPod.

2. Apple memiliki kemampuan untuk mendominasi dalam setiap sektor yang mereka pilih untuk masuk, baik yang berada di komputer rumah (Mac), muzik (iPod, iTunes) atau telefon bimbit (iPhone). Mereka masuk ke sektor tersebut dan seterusnya mereka mengunggulinya dan menjadi peneraju hakiki. apple imac

3. Kunci inovasi adalah kemahuan dan keinginan untuk menjadi berbeza. Setiap produk yang mereka keluarkan dan pasarkan berjaya dijual sekelip mata dan produk tersebut terus menjadi popular. Apple tidak takut untuk mencuba sesuatu yang pernah terdengar sebelumnya. Keberanian ini sebenarnya telah menjadi identiti dan sinonim dengan Apple.

4. Mereka memimpin jalan, dan tidak pernah mengikuti. Sementara Apple terus mengeluarkan produk baru dan inovatif, pesaing utama Apple, Microsoft, terpaksa mengikuti. Kepimpinan ini adalah salah satu alasan untuk kejayaan Apple.

5. Sementara Microsoft terus menyasarkan pelanggan mereka terhadap golongan dan sektor perniagaan, Apple menyasarkan teknologi mereka terhadap pengguna dan pelanggan awam, yang merupakan pasaran yang jauh lebih besar berbanding dengan sektor perniagaan.

6. Apple pernah mengalami saat kejatuhan pada tahun 1990an, namun dengan kemasukan semula Steve Jobs menerajui Apple pada tahun 1998, mereka meraih kembali kepercayaan masyarakat disertai dengan keputusan bijak daripada Steve Job yang memilih untuk mencari satu identiti baru dan mencernakan idea inovatifnya. Keputusan untuk tidak mengikut Microsoft, dan mencari kejayaan baru melalui produk-produk berinovasi disokong pula dengan cara pemasaran yang strategik. Berlandaskan idea dan cara berfikir yang inovatif, mereka pasti dapat mendominasi pasaran dan mendahului pesaing mereka.

Jika trend ini berterusan, iaitu dengan inovasi dan kreativiti disokong pula dengan corak pemasaran bijak dan strategik, Apple sudah pasti akan terus menjadi sebagai sebuah syarikat terulung yang begitu sukses dan inovatif yang pernah wujud di dunia ini.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*