Perdana Menteri Wanita Paling Muda Di Dunia

Rakyat Thailand boleh berbangga lantaran perdana menteri baru, Yingluck Shinawatra dikira memiliki dua kelebihan. Adik bungsu mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra ini, menurut catatan Xinhua , baru berumur 44 tahun. Itu bererti, dia menjadi perdana menteri termuda Negeri Gajah Putih.

Tak cuma itu, pemenang pemilihan umum  pada 3 Julai 2011 itu tercatat pula sebagai perdana menteri perempuan termuda di dunia. “Tapi, saya tak punya pengalaman politik sama sekali,” begitu kata wanita  fotogenik tersebut.

Yingluck lahir di kawasan utara Daerah Chiangmai pada 27 Jun 1967. Ia mendapat ijazah Master di Kentucky State University  dalam bidang Management Information System (MIS). “Ayah saya seorang ahli politik. Kakak saya juga seorang ahli politik. Maka, yang disebut pengalaman berpolitik saya adalah kerana saya mengenal politik sejak kecil,” tambahnya.

Mendapat sokongan daripada Partai Puea Thai atau Partai untuk Thai, Yingluck acap dianggap sebagai penyambung  Dinasti Shinawatra. Ketika pemilihan berlangsung, 296 dari 500 anggota parlimen, memilih Yingluck sebagai perdana menteri. Tiga anggota menolak dan 197 lainnya berkecuali.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*